Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Atlet luncur ais figura negara, Fang Ze Zeng, menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia selepas menjuarai acara perseorangan lelaki pada Sukan SEA 2025 dengan kutipan 157.22 mata di Pusat Latihan Luncur Ais Antarabangsa IWIS, Samut Prakan.
Transcript
00:00Atlet luncur ais figura negara Fang Zizeng berjaya meraih pingat mas dalam acara perseorangan lelaki pada sukan C2025 sekaligus menambah kilauan mas buat Malaysia.
00:13Kejayaan itu diraih selepas Zizeng menampilkan persembahan cemerlang untuk mengumpul jumlah mata tertinggi dalam saingan berkenaan.
00:21Zizeng mengumpul 157.22 mata untuk menaiki podium utama dalam saingan yang berlangsung di Pusat Latihan Luncur Ais Antarabangsa Iwes di Samut Perakan.
00:35Beliau menepis cabaran atlet Filipina Brandon James Baldos yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul 137.98 mata.
00:45Atlet Tuan Rumah Aaron Kulvatunyo pula berjaya meraih pingat gangsa dengan catatan 128.39 mata.
00:54Untuk rekod sukan C2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended