Polis sedang mengesan individu terlibat dalam kes penemuan janin bayi lelaki yang dianggarkan berusia kira-kira 25 minggu selepas ditemukan di dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil, dengan siasatan masih diteruskan dan identiti janin serta suspek belum dikenal pasti.
00:00Polis sedang mengesan individu terlibat dalam kes penemuan janin bayi lelaki yang ditemukan di dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
00:12Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadul Marsus berkata setakat ini siasatan masih diteruskan dan pihaknya belum mengenalpasti suspek yang terlibat dalam kejadian perkenaan.
00:23Beliau berkata polis masih mengumpul maklumat dan belum memperoleh butiran lengkap berhubung identiti janin tersebut.
00:30Datuk Fadul menjelaskan kerjasama orang awam amat diperlukan bagi membantu siasatan termasuk menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membawa kepada pengenalpastian individu terlibat.
00:41Polis juga sedang menyiasat dari mana asal sebenar beg yang mengandungi janin bayi itu sebelum ditemukan di dalam lori sampah berkenaan.
00:48Beliau berkata demikian selepas hadir pada majlis peluncuran taman angkat di dataran PPR Seri Alam Fasa 2 pada Sabtu.
00:56Terdahulu janin bayi lelaki yang ditemukan di kawasan Bukit Jalil itu dianggarkan berusia kira-kira 25 minggu.
01:03Ketua Polis Daerah Ceras Asisten Komisional Aidilbul Hassan berkata polis telah merekodkan keterangan empat individu bagi membantu siasatan.
01:10Menurutnya keadaan tubuh janin semasa ditemui didapati mengalami kecederaan di bahagian perut, tengkorak kepala pecah serta tali pusat putus.
01:20Sebelum itu polis menerima laporan berhubung penemuan janin bayi lelaki berukuran 35 cm itu pada jam 12.51 tengah hari Kamis.
Be the first to comment