Johor dijangka tutup tahun dengan kutipan RM2.6 bilion, melepasi sasaran awal RM2 bilion, sambil mengintai pelaburan RM110 bilion melalui JS-SEZ dan rakan strategik.
00:00Johor dijangka mengakhiri tahun ini dengan kutipan hasil sebanyak RM2.6 bilion melepasi sasaran awal RM2 bilion.
00:10Menurut Menteri Besarnya Dato' On Hafiz Ghazi, sehingga bulan ini hasil negeri berada di landasan yang tepat sebanyak RM2.5 bilion.
00:20Ujannya lagi, peningkatan hasil itu akan terus dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif dan pembangunan.
00:25Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor pada Jumaat.
00:30Sementara itu, On Hafiz dalam ucapannya berkata susulan pencapaian yang membanggakan tahun ini, beliau berharap kutipan hasil negeri dapat mencapai RM3 bilion tahun depan.
00:39Menurutnya, pertemuan dengan rakyat strategik termasuk pihak berkuasa pembangunan wilayah Skandar, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Invest Johor menunjukkan momentum pelaburan yang sangat positif.
00:49Katanya, Johor dijangka mencapai nilai pelaburan berpotensi mencetak RM110 bilion menjelang akhir tahun ini dibantu perkembangan pembangunan zon ekonomi khas Johor Singapura yang giat dipromosikan.
01:00Jumlah itu berjaya mencapai sasaran RM100 bilion bagi keseluruhan tahun dengan RM91.1 bilion direkodkan sehingga suku ketiga 2025.
Be the first to comment