Banjir di Perlis sejak akhir November menyebabkan kerugian RM150 juta melibatkan infrastruktur, kediaman dan ekonomi, dengan lebih 38,000 mangsa terkesan.
00:00Seterusnya, anggaran keseluruhan kerugian akibat banjir di Perlis yang bermula penghujung November dianggarkan berjumlah RM150 juta
00:08membabitkan kerosakan infrastruktur, kediaman, pertanian, ekonomi setempat, kemudahan awam serta pendidikan dan kesihatan.
00:18Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail, angka itu lebih rendah berbanding anggaran awal,
00:25sebanyak RM230 juta berikutan keberkesanan sistem lencongan banjir barat yang membantu mengurangkan impak limpahan air di beberapa kawasan kritikal.
00:37Beliau berkata jumlah keseluruhan mangsa terkesan termasuk mereka tidak berpindah ke 24 pusat pemindahan sementara PPS
00:43yang beroperasi semasa bencana berlaku ialah 38,589 orang daripada 13,881 keluarga.
00:51Jelasnya lagi kenaikan air yang cepat terutama selepas pelepasan air dari empangan timah tasuh menyebabkan banyak kawasan kediaman dan sawah tenggelam.
01:00Rahimi berkata gerak kerja pembersihan skala besar dijalankan secara bersepadu melalui pusat kawalan operasi bencana
01:06melibatkan agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Seleran, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
01:12Pembedanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selain polis, bomba dan tentera.
01:17Rahimi berkata sistem amaran dan kesiap-siagaan agensi keselamatan berfungsi dengan baik ketika banjir berlaku meskipun paras air naik dengan pantas.
01:26Jelasnya bantuan tunai daripada agensi pengurusan bencana negara NADMA kepada mangsa banjir telah bermula dengan kira-kira satu per tiga sudah menerima bantuan itu
01:34manakala selebihnya dijangkakan selesai dalam tempoh tiga minggu.
01:38Selain itu, Rahimi berkata satu lokasi bagi pembinaan sebuah pusat pemindahan kekal dikenalpasti iaitu sekitar Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah Araw yang dijangka bermula 2026
01:47selepas penilaian teknikal dimuktamadkan termasuk aspek kesesuaian tanah dan keperluan infrastruktur.
Be the first to comment