Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul berikrar pada Sabtu untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Kemboja, walaupun Trump sebelum ini mendakwa berjaya memeterai gencatan senjata antara kedua-dua negara.
Transcript
00:00Pertanda Menteri Thailand Anutin Chan Virakul berikrar meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Kemboja meskipun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini mendakwa kedua-dua negara telah bersetuju memeterai gencatan senjata.
00:15Dalam satu kenyataan di Facebook Anutin turut menegaskan bahawa letupan periuk api yang meragut nyawa beberapa anggota tentera Thailand bukan satu kemalangan.
00:23Sejak Isnin, Thailand dan Kemboja saling melepaskan roket di beberapa lokasi sepanjang sempadan sejauh 817km sekaligus menjadi konflik paling sengit sejak pertembungan lima hari pada Julai lalu yang dihentikan selepas Trump menghubungi kedua-dua pemimpin.
00:41Trump sebelum ini berusaha menghidupkan semula genjatan senjata yang dimeterai pada Oktober ketika beliau bertemu Perdana Menteri Thailand dan Kemboja di Malaysia.
00:50Ketika itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik balik tentera dan senjata berat serta membebaskan 18 tahanan perang Kemboja.
00:58Namun, Thailand menggantung perjanjian itu bulan lalu selepas seorang tentera negara itu cedera parah dalam insiden yang didakwa Bangkok sebagai jerangkap baru dipasang oleh Kemboja.
01:08Namun, penumpuan menafikan dakwaan tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended