Skip to playerSkip to main content
Percaya tak… lauk ni simple je, tapi rasa dia boleh buat nasi bertambah dua pinggan. Sotong lembut, kuah hitam pedas berkilat, bawang Holland manis… memang gabungan padu!

SOTONG MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan:

500gm sotong
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang holland | dihiris
5-7 biji cili padi | hiasan

Bahan Kisar:

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili padi | campur merah hijau

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #sotongmasakkicappedas #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kalau ada sotong dalam peti, jom kita masak sotong masak kicap pedas menu yang ringkas tapi sedap nak masak pun tak susah.
00:07Mula-mula kita kisah bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
00:11Bahan simple je tapi inilah yang bagi aroma wangi.
00:15Di dalam kuali, masukkan sotong dan masak seketika sampai air sotong keluar.
00:20Jangan masak lama sangat, nanti kalau terlebih masak, confirm jadi liat.
00:24Menggunakan kuali yang sama, tumis bahan kisah sampai naik bau.
00:27Masukkan cili kisah dan masak sampai pecah minyak, bahagian ni penting untuk hilangkan rasa mentah cili.
00:35Lepas tu, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat.
00:39Campuran 3 sos ni yang buat kuah rasa pedas, manis dan masin yang seimbang.
00:44Gaul-gaul-gaul hingga semu sepati.
00:47Sekarang barulah kita masukkan balik sotong tadi.
00:51Gaul-gaul-gaul dan tambahkan sedikit garam dan sebut perasa.
00:57Kemudian masukkan bawang holland dan cili padi.
00:59Gaul rata sampai bawang tu layu sikit.
01:02Senang je kan nak masak menu ni, tak guna banyak bahan pun.
01:07Dah siap sotong masak kicap pedas kita, bau dia dah cukup buat nasi kita habis sepinggan.
01:13Laut ekspres yang confirm buat meja makan kita meriah.
01:15Selamat mencuba.
01:16Ingat makan, ingat rasa.
01:18Terima kasih kerana mencuba.
01:20Terima kasih kerana mencuba.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended