00:00Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang padu, daging goreng ketumbah cili padi.
00:05Mula-mula kita rebus daging sampai empuk.
00:08Saya guna daging bahagian top side so tak perlu rebus lama sangat sebab bahagian ni mudah empuk.
00:14Next, kita tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
00:17Lagi kasar tumbukan kita, lagi kick rasanya.
00:23Kemudian kita tumbuk kasar pula cili padi.
00:26Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk kita tadi sampai wangi dan sedikit garing.
00:32Kemudian masukkan cili padi.
00:34Cili padi ni boleh adjust ikut tahap kepedasan anda.
00:37Sekarang kita masukkan biji ketumbah yang telah disangit dan ditumbuk kasar.
00:42Kemudian masukkan daging yang telah direbus, serbuk kunyit, garam, gula, kicap manis dan sos tiram.
00:49Gaul-gaul gaul hingga sebati biar semua meresap dengan daging.
00:52Akhir sekali, masukkan bawang holland bersama cili besar hijau dan merah.
00:59Kacau sekejap je, cukup bagi layu tapi masih ada rangupnya.
01:03Ok, dah siap daging goreng ketumbah cili padi kita.
01:06Gambungan yang mantap jika dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan.
01:10Selamat mencuba.
01:11Ingat makan, ingat rasa.
01:12Terima kasih kerana mencuba.
Comments