Skip to playerSkip to main content

Roti paratha bukan setakat untuk makan dengan kari je tau. Cuba buat Cinnamon Sticks ni. Rangup serta bau wangi kayu manis dan bila celup dalam Cream Cheese Dip, memang cair hati weh. Gabungan rasa masam dan manis yang memang umphhhh!

CINNAMON STICKS & CREAM CHEESE DIP

Bahan-bahan:

Roti paratha
1 biji telur putih
Cinnamon sugar

Bahan-bahan Cream Cheese Dip:

120gm cream cheese
3 ½ sudu besar gula aising
Secubit garam
1 sudu besar jus lemon
80ml whipping krim

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #cinnamonsticks #creamcheesedip #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kalau tengah craving snek yang manis, cubalah buat cinnamon stick dengan cream cheese dip ni.
00:05Sangat sedap.
00:06Mula-mula, ambil sekeping roti parata yang masih separa keras dan potong nipis.
00:10Pastikan roti parata separa keras tau supaya senang sikit kita nak potong nanti.
00:14Kemudian, ambil satu potongan, lipat dua dan twistkan macam ni.
00:19Mula-mula, nampak macam kikut lama-lama nanti dah tiada dah kita pusing.
00:23Susunkan roti parata yang telah ditwis tadi elok-elok di atas dulang.
00:27Kemudian, sapukan putih telur dan taburkan cinnamon sugar.
00:32Inilah rasa bau wangi dan rasa manis berempah.
00:36Pastikan taburan kena pada semua bahagian tau.
00:39Bila dah tabur tu, boleh bakar dalam oven pada suhu 170 derajat celcius selama lebih kurang 20 hingga 25 minit.
00:46Sekarang, kita buat cream cheese dip pula.
00:48Satukan cream cheese dan gula icing lalu gaul sebati.
00:51Bila dah sebati, masukkan secubit garam, jus lemon dan whipping cream.
01:01Gaul lah hingga sebati sampai cream cheese kita jadi lembut berkrim.
01:06Kemudian, boleh transfer cream cheese dip kita ke dalam mangkuk yang lebih kecil.
01:11Cinnamon stick pun dah masak jadi dah siap cinnamon stick dengan cream cheese dip kita.
01:16Memang rangup sangat enak bila kita dip dalam cream cheese tu masam-masam manis.
01:22Selamat mencuba ingat makan, ingat rasa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended