Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Polis Kedah dedah majoriti kes rogol bawah umur berpunca daripada hubungan suka sama suka, gesa ibu bapa dan masyarakat lebih peka terhadap pergerakan serta tingkah laku remaja.
Transcript
00:00Polis Kedah mendedahkan bahawa 91% kes rogol bawah umur di negeri ini berpunca daripada hubungan suka-sama-suka antara pelaku dan mangsa.
00:10Ketua Polis Negeri, Datuk Azli Abu Syah berkata sebanyak 100 kes rogol bawah umur direkodkan di Kedah bagi tempoh Januari hingga bulan lalu dengan 91 daripadanya membabitkan kejadian suka-sama-suka.
00:23Memang suka sama-suka. Jadi bila kata suka sama-suka ni adalah bagi saya masalah sosial.
00:32Sebab tu saya lagi sekali saya cakap kita dah cukup dan kita takkan berhenti.
00:37Pihak polis dengan pendidikan, tuan pengarah pendidikan ada, kita berkongsi macam-macam aspek.
00:43Kita dah masuk asrama, kita tunggu depan sekolah. Betul? Macam-macam kita buat.
00:47Tapi saya gesa masyarakat di luar sana. Mak bapak dah tentulah, parent. Tengok.
00:54Kalau anak-anak kita 13, 15 tahun keluar malam, kenapa tak ditanya?
01:00Kan? Kenapa kita tak tanya eh mana anak aku?
01:03Waimah jiran ke atau masyarakat bukan anak dia, dia kena macam saya kata balik pada zaman dulu lah.
01:09Busy body, ambil berat. Ini tengok anak orang ni eh keluar malam buat apa?
01:13So kalau saya percaya, kalau kita dapat balik macam dulu, saya percaya banyak kita dapat kurangkan kes.
01:22Azli berkata peranan masyarakat juga penting dengan menjadi pihak yang sentiasa mengambil berat
01:27tentang tingkah laku remaja dan melaporkannya kepada pihak berkaitan sekiranya mengesan kelakuan mencurigakan.
01:34Jelasnya polis akan terus berkolaborasi dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri JPN dan sekolah dalam pelbagai aspek.
01:40Katanya beliau juga telah mengarahkan unit kereta peronda MPV dan unit rondaan bermotosikal URB
01:46untuk melakukan rondaan serta menunggu di hadapan sekolah pada waktu tertentu, termasuk semasa pelajar pulang dari sekolah.
01:54Azli maklumkan pihaknya turut menawarkan pada pihak JPN untuk membawa pelajar melawat lokap-lokap di balai polis bertujuan bagi mendidik.
02:02Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended