00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC mengesahkan sedang menyiasat tindakan tiga individu yang disyaki menyalurkan maklumat palsu berhubung peningkatan tarif
00:10elektrik baharu di beberapa platform media sosial termasuk Facebook dan threads.
00:14MCMC dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan hari ini turut memaklumkan bahawa maklumat palsu itu menggunakan elemen posa yang diterbitkan
00:21oleh Astro Awani sekaligus membuktikan aktiviti penyalahgunaan maklumat yang sebelum ini disiarkan menggunakan sumber yang sahih.
00:30Jelas MCMC, tindakan tiga individu terbabit bukan sahaja mampu mewujudkan persepsi negatif terhadap masyarakat, malah turut menimbulkan kegerisahan serta panik
00:40dalam kalangan rakyat di negara ini.
00:42MCMC menegaskan bahawa kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta 588 dengan hukuman
00:51denda maksimum sebanyak RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
01:00Dalam pada itu, MCMC turut maklumkan bahawa agensi itu akan tetap memandang serius terhadap sebarang perlakuan penyalahgunaan platform digital yang
01:07bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan maklumat palsu.
01:11Tambah agensi itu, jika didapati seseorang individu itu berbuat kesalahan sedemikian, MCMC tidak akan teragak-agak untuk menggunakan tindakan tegas
01:19terhadap mana-mana pesalah.
01:20MCMC turut menasihkan orang ramai agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform digital dan tidak menggunakan platform tersebut sebagai tempat untuk
01:29menyalurkan sebarang maklumat palsu dan bercanggah yang boleh menjejaskan keharmonia masyarakat serta ketentera menawam.
01:35Terima kasih.
Comments