00:00Seramai 60 usahawan sosial dari seluruh negara telah berjaya menamatkan program Bootcamp Kreatif Sprint Hassanah Social Enterprise Fund HSEF 2025, sebuah inisiatif pembangunan kapasiti berskala nasional yang bertujuan memperkukuh ekosistem perusahaan sosial di Malaysia.
00:17Program Anjuran 1 Kreatif Services dan Berhad dengan kerjasama Yayasan Hassanah itu telah berlangsung dalam dua fasa iaitu dari 7 hingga 9 Oktober lalu di Yayasan Hassanah Sya'alam dan dari 14 hingga 16 Oktober di Think City, Georgetown.
00:33Sepanjang tiga hari program, peserta didedahkan kepada sesi perkongsian ilmu, bimbingan mentor dan dialog berasaskan pengalaman.
00:43Para peserta membangunkan penyelesaian inovatif dalam bidang pendidikan, pembangunan komuniti, alam sekitar serta seni dan ruang awam telah dibimbing untuk menambah baik model periagaan, memperkukuh strategi kelestarian dan meningkatkan kesiapsiagaan mereka untuk menjalin kerjasama serta menarik pelaburan.
01:03Ketua Pegawai Eksekutif 1 Kreatif Ahmad Azwar Zainuddin berkata, menerusi bootcamp tersebut, pihaknya menyaksikan bagaimana semangat diterjemahkan kepada tindakan.
01:14Peserta hadir dengan idea berani dan pulang dengan model yang telah disahkan, naratif impak yang lebih jelas serta rakan kongsi yang bersedia membantu mereka berkembang.
01:24Belum menambah bahawa detik paling bermakna bukanlah semata-mata pembentangan akhir, tetapi proses kolaborasi refleksi dan ketahanan yang ditunjukkan peserta sepanjang program.
01:36Bootcamp ini diakhiri dengan hari pembentangan atau pitch day di kedua-dua edisi tengah dan utara, di mana para peserta membentangkan model perniagaan mereka kepada panel mentor dan pemimpin ekosistem,
01:50sekaligus membuka peluang untuk menjalin kerjasama dan sokongan bagi memperluas impak sosial mereka.
01:56Pengarah urusan Yayasan Hassana, Siti Kamariah Ahmad Subki berkata, bootcamp ini mencerminkan kekuatan kreativiti dan ketahanan para penggerak perubahan di Malaysia.
02:06Ujar beliau menerusi dana perusahaan sosial Hassana, pihaknya bukan sahaja melabur dalam idea-idea inovatif, tetapi juga dalam insan di sebalik idea tersebut,
02:16iaitu individu yang mengubah cabaran menjadi peluang untuk kemajuan bersama.
02:21HSEF, Inisiatif Yayasan Hassana dengan Kerjasama Kementerian Keuangan,
02:26turut komited untuk terus merancakkan ekosistem perusahaan sosial negara melalui grant dan kerjasama strategik yang memperkukuh lanskap impak nasional.
02:36Terima kasih telah menonton!
Comments