00:00Dalam perkembangan berasingan, Benjamin Netanyahu sahkan akan bertanding sekali lagi bagi jawatan Perdana Menteri Israel dalam pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada November tahun depan. Malah beliau yakin bakal meraih kemenangan dalam proses pilihan raya itu.
00:16Beliau menjawab ya ketika ditanya sama ada beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Perdana Menteri Israel. Netanyahu ditemubual secara eksklusif di saluran kanan konservatif Channel 14.
00:28Beliau turut mengakui akan menang dalam pilihan raya berkenaan disebabkan pengalamannya yang luas dalam mengemudi Israel.
00:36Netanyahu yang juga ketua parti likut, parti utama blok kanan Israel, kini memegang rekod sebagai Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Israel iaitu lebih 18 tahun secara keseluruhan sejak 1996 dengan beberapa tempoh pentadbiran berselang.
00:53Dalam pilihan raya terakhir, parti likut pimpinannya menang 32 kerusi di Parlimen Israel Nesad disokong oleh sekutu ultra-ortodox dengan 18 kerusi serta gabungan religious Zionism yang memperoleh 14 kerusi iaitu pencapaian tertinggi bagi blok kanan radikal.
01:10Penggang semasa pentadbiran Netanyahu bermula dengan rancangan kontroversi untuk merombak sistem kehakiman yang mencetuskan protes besar-besaran di seluruh negara selama berbulan-bulan dengan puluhan ribu rakyat Israel turun ke jalanan hampir setiap hari.
01:26Sejak tercetusnya perang akibat serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober 2023, Netanyahu turut berdepan kritikan semakin hebat khususnya daripada keluarga terbusan yang menuduh beliau gagal menguruskan krisis peperangan dan rundingan perbebasan tahanan dengan berkesan.
01:43Di sebalik berdepan tekanan dalaman dan cabaran politik yang semakin meningkat, Netanyahu menegaskan beliau masih mendapat sokongan akad umbi dan kekaliakin akan meneruskan kepimpinannya selepas pilihan raya akan datang.
Comments