00:00Seramai 17,782 pelajar PTTI mencatatkan peningkatan keputusan dalam CJ Pelajaran Malaysia SPM 2025.
00:10Menandakan pencapaian terbaik sepanjang 11 tahun penubuhan organisasi itu, pencapaian tersebut telah menyaksikan ramai pelajar berjaya meningkatkan prestasi daripada gagal
00:19ke keputusan cemelang termasuk memperoleh semua A.
00:36Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Grup Sendirian Berhad, Siti Farhana Abu Osman berkata, kejayaan itu menjadi bukti usaha berterusan dalam membantu
00:46pelajar menguasai subjek kritikal, khususnya sains tulen.
00:50Tahun ini adalah tahun yang paling ramai PTTI mencatatkan ataupun pelajar PTTI yang mencatatkan peningkatan di dalam SPM.
00:58So untuk SPM 2025, pelajar PTTI kita ada 17,782 pelajar yang mencatatkan peningkatan di dalam SPM.
01:07Yang mana rata-rata daripada mereka sebelum ini dia punya result dia daripada gagal naik kepada A, daripada gagal naik
01:15kepada straight A.
01:16Jadi perjuangan kita di PTTI adalah kita nak membantu pelajar-pelajar dan juga ibu bapa di luar sana yang mungkin
01:22struggle untuk memahami subjek-subjek sains tulen, subjek-subjek yang kritikal.
01:28Menurutnya, pencapaian tahun ini menunjukkan peningkatan lebih daripada dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya dengan lebih ramai pelajar mencapai keputusan
01:38cemelang.
01:39Salah seorang pelajar, Alisa Dezek yang berjaya memperoleh keputusan semua A berkata, sokongan guru, keluarga dan platform pembelajaran menjadi faktor
01:49utama kejayaannya.
01:50Sebelum ini, Alisa banyak syuting so kadang-kadang sekolah itu kita terskip lah kan.
01:59Tapi dengan bantuan PTTI dan juga cikgu sekolah, sokongan keluarga semuanya yang membantu Alisa dapat kejayaan untuk SPM ini.
02:10PTTI turut menekankan kepentingan menyokong lebih ramai pelajar bagi melahirkan generasi profesional yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
02:19Seiring kejayaan tersebut, ibu bapa dan pelajar digalakkan mengambil peluang menyertai program bimbingan yang ditawarkan.
02:27Kita dekat PTTI ini percaya sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberikan manfaat.
02:32Jadi saya nak invite ambil pelajar PTTI untuk semua ibu bapa yang ada anak yang bakal ambil SPM tahun ini
02:40untuk cuba dapatkan satu sesi trial daripada kita dekat PTTI ini.
02:47Seminar online secara percuma sahaja.
02:49Kita support 100% boleh dapatkan tempat dekat www.ptti.my.
02:56Untuk rekod seramai 400 pelajar PTTI mencatatkan keputusan semua A dalam SPM 2024.
03:03Ini jelas mencerminkan tren peningkatan prestasi yang konsisten.
Comments