Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Suku daripada 200,000 pemandu aktif e-hailing dan p-hailing layak menerima manfaat tambahan 600 liter petrol bersubsidi Budi95.
Transcript
00:00Hanya suku daripada 200,000 pemandu aktif e-hailing dan p-hailing layak menerima manfaat tambahan 600 liter petrol bersubsidi Budi 95.
00:10Menurut Presiden Malaysia e-hailing and delivery organisation MIDU, Mas Rizal Mahidin, ini berikutan syarat-syarat teknikal yang terlalu ketat serta tidak mengambil kira variasi model operasi sebenar.
00:21Antara syarat kelayakan yang diumumkan ialah melengkapkan sekurang-kurangnya 3,000 km tempahan merentas semua platform berdaftar.
00:31Katanya ini tidak mencerminkan jumlah jarak sebenar yang dilalui pemandu.
00:36Ini kerana data tersebut hanya mengambil kira jarak dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran.
00:41Sedangkan kos sebenar pemandu melibatkan jarak tambahan dari lokasi semasa ke lokasi pengambilan dan juga dari lokasi penghantaran ke lokasi tempahan seterusnya.
00:52Justeru, MIDU menyeru kerajaan supaya melaksanakan pendekatan soft landing dalam menambah baik pelaksanaan Budi 95 dengan mempertimbangkan empat cadangan.
01:01Yang pertama, pelaksanaan semula dasar ini secara berperingkat dengan penilaian kelayakan berdasarkan tempoh aktif dan purata trip bulanan bukan semata-mata jumlah kilometer.
01:12Kedua, tempoh penyesuaian sekurang-kurangnya 3 bulan bagi membolehkan data sebenar dikumpul dan disemak semula.
01:19Ketiga, kerjasama langsung antara Kementerian Kewangan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Organisasi Komuniti Pemandu seperti MEDO bagi memastikan suara lapangan diambil kira sebelum dasar dimuktamadkan.
01:31Keempat, pelaksanaan struktur tambang berbeza bagi warga negara dan bukan warga negara bagi mengelakkan ketirisan subsidi petrol round 95.
01:39Mas Riza berkata walaupun niat kerajaan untuk menyalurkan subsidi petrol bersasar amat dialu-alukan, namun pelaksanaannya tidak menggambarkan realiti sebenar di lapangan.
01:50Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended