Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh, menafikan dakwaan wujud perpecahan atau rasa tidak puas hati dalam kalangan kepimpinan parti di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.
Transcript
00:01Setiausaha agung PKR, Dato' Fuziah Saleh menafikan dawaan wujud perpecahan atau rasa tidak puas hati dalam kalangan kepimpinan parti di Sabah menjelang pilihan raya negeri PRN negeri itu.
00:13Menurut Fuziah, hasil pertemuan dengan Ketua-Ketua Cabang menunjukkan komitmen yang teguh dan bersatu bagi memastikan kemenangan PKR.
00:22Selepas saya berjumpa dengan Ketua-Ketua Cabang dan sebenarnya mungkin ada sedikit silap faham dan sebagainya.
00:31Akhirnya selepas berjumpa, mereka berpuas hati bahawa mereka semua-semua mahu memenangkan parti.
00:39Di setiap cabang dan di setiap don, jentera adalah semua tempatan.
00:44Semua jentera tempatan dan mereka yang menjalankan gerak kerja.
00:48Tapi kita ada pimpinan angkat. Pimpinan angkat daripada seluruh negara untuk membantu.
00:55Fuziah menegaskan kenyataan yang tular baru-baru ini hanya melibatkan segelintir individu dan tidak menggambarkan sentimen sebenar kepimpinan serta ahli di peringkat akar umbi.
01:07Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau pelaksanaan program Payung Rahmah di Maiden High Pemakit Sandakan pada Ahad.
Comments

Recommended