00:00Bertemu kembali, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada jam 4 petang ini bukan sekadar angka dan perbelanjaan.
00:10Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan Belanjawan 2026 yang juga Belanjawan keempat bahawa pentadbiran kerajaan madani adalah hala tuju bagi memastikan kerajaan terus membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara.
00:21Jelasnya, menerusi perkongsian di media sosial, Belanjawan ini bukan sekadar angka dan perbelanjaan tapi hala tuju untuk memastikan kerajaan terus membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara.
00:31Belanjawan 2026 adalah Belanjawan keempat yang dibentangkan Kerajaan Madani Pimpinan Anwar dan yang pertama bahawa Rancangan Malaysia ke-13 RMK13 sekaligus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.
00:45Menurut kenyataan prabelanjawan 2026 yang disiarkan melalui laman sesawang khas Kementerian Kewangan, Belanjawan 2026 akan meneruskan momentum berpandukan asas kukuh yang telah dibina menerusi Belanjawan Madani sebelum ini.
Comments