00:00Teliti dan tapis semula kelayakan pengecualian ceiling subsidi RON95 khususnya terhadap pemandu e-hailing.
00:09Cadangan disuarakan pengurusi Persatuan Pemandu e-hailing Utara, Nehda Zabidi Bahadur bertujuan memastikan hanya pemandu aktif sahaja boleh menerima manfaat tersebut.
00:20Katanya beliau menghargai langkah kerajaan membenarkan pemandu e-hailing memohon penggunaan RON95 melebihi kuota yang ditetapkan.
00:28Disebalik itu, Zabidi menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku manipulasi pendaftaran oleh individu yang bukan pemandu aktif semata-mata untuk menikmati subsidi dan pengecualian ceiling kelayakan.
00:41Tegas beliau keadaan ini boleh membawa kepada kemunculan pemandu bayangan iaitu mereka yang tidak aktif atau tidak sah tetapi mendaftar hanya untuk tujuan mendapatkan subsidi.
00:51Tambahnya jika kerajaan tidak mengambil kira langkah tersebut, ia berpotensi menyebabkan ketirisan subsidi yang sepatutnya disalurkan kepada pemandu aktif sepenuh masa.
01:02Sehubungan itu, Zabidi mencadangkan kerajaan mewujudkan mekanism pengesahan yang ketat dengan kerjasama platform e-hailing berdaftar dan persatuan pemandu.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments