Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di anak sungai Air Rengat, Temenggor; polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Transcript
00:00Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di anak sungai di kawasan air rengat, Temenggo, dekat Gerik pagi Sabtu.
00:07Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Sam Uthman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira 9.10 pagi daripada Polis Bantuan Tenaga Nasional Berhak TNB, Temenggo.
00:20Hasil siasatan awam mendapati kira-kira 8.25 pagi seorang lelaki orang asli berumur 32 tahun ternampak mayat berada di dalam sungai ketika melalui kawasan berkenaan.
00:30Katanya dalam satu kenyataan, pengadu kemudian bergegas ke pengkalan Trojan, Temenggo untuk mengalumkan kejadian itu kepada pihak polis bantuan TNB.
00:38Beliau berkata, sepasukan anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Gerik yang tiba di lokasi kejadian kemudian menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di dalam anak sungai.
00:47Abdul Samad berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada tubuh lelaki itu dan mayat dihantar ke Unit Forensic Hospital Gerik untuk berdasar siasat.
00:55Kes katanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sementara itu, tenaga nasional berhak TNB memberi jaminan akan memberi bantuan kepada pihak kuasa susulan penemuan mayat terbabit.
01:05TNB dalam kenyataan melusi Facebook rasmi maklumkan mayat itu berada di laluan menuju ke stesen jana kuasa Temenggo iaitu di luar kawasan stesen.
01:13Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau kehilangan ahli keluarga diminta segera menghubungi balai polis daerah Gerik.
Comments

Recommended