Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Sebarang bentuk perjanjian, persefahaman atau keputusan bersama oleh persatuan berkaitan berkenaan penetapan harga, termasuk penetapan tambang minimum atau siling, adalah dilarang. Ia mengandungi elemen kartel yang menjejaskan pasaran pelancongan negara, ujar Armizan.
Transcript
00:00Sebarang bentuk perjanjian, persefahaman atau keputusan bersama oleh persatuan berkaitan penetapan harga tambang termasuk kadar minimum atau siling dilarang kerana
00:11mengandungi elemen kartel yang menjejaskan pasaran.
00:14Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosara Hidup, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata, demikian sebagai mengulas pengumuman kadar tambang siling baharu
00:22bagi bas atau van persiaran yang dibuat oleh Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia, MITA dan beberapa persatuan pada Isnin.
00:31Armizan berkata suruhanjaya persaingan Malaysia, MyCC, sedang meneliti tindakan yang diambil oleh MITA dan persatuan yang terlibat itu di bawah
00:40Seksyen 4-2-A Akta Persaingan 2010.
00:44Armizan berkata pihaknya turut memandang serius intipati sidang media MITA pada Isnin yang mengumumkan kadar tambang siling baharu bagi bas
00:52atau van persiaran dengan kuatkuasa serta merta.
00:55Sungguh pun dimaklumi kenaikan harga diesel mendatangkan implikasi kos kepada industri, namun diharapkan semua pihak meneliti sebarang tindakan yang diambil
01:05untuk memastikan kepatuhan kepada mana-mana kerangka perundangan yang sedang berkuatkuasa.
01:10Pada Isnin, MITA mengumumkan kadar tambang bas persiaran kini ditetapkan sehingga RM1,100 bagi siri lawatan dan antara RM1,900
01:19hingga RM2,200 untuk lawatan harian domestik, manakala kos sewaan van pula adalah sehingga RM900 bagi siri lawatan.
01:28MITA memaklumkan kadar tambang siling baharu bagi bas dan van persiaran itu ditetapkan bagi membantu pengendali dan pelancong menyesuaikan diri
01:37dengan kenaikan harga diesel.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended