00:00Indonesia menggesa satu mesyuarat tergempah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC diadakan.
00:08Langkah itu susulan serangan ke atas pasukan interim PBB di Lubnan, Unifil yang mengorbankan tiga anggota pengamannya.
00:17Menteri Luar Sugiono berkata gesaan itu disampaikan kepada setiusaha agung PBB, Antonio Guterres melalui perbualan telefon pada Isnin.
00:25Sugiono menerusi akaun rasmi X pada selasa berkata, Republik itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.
00:33Katanya, keselamatan dan pelindungan anggota pengaman PBB adalah perkara yang tidak boleh dikompromi dan mesti dipertahankan pada setiap masa.
00:44Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Guterres atas ucapan takziah yang diberikan serta kesediaan PBB untuk bekerjasama rapat dengan Indonesia susulan
00:52insiden berkenaan.
00:54Dalam satu lagi perbualan dengan Menteri Luar dan Expatriat Lubnan, Yusef Raji, Sugiono berkata beliau telah menyatakan kebimbangan mendalam Indonesia
01:02terhadap kejadian itu.
01:05Ujanya, mereka bersetuju untuk mengekalkan penyelarasan rapat dan mengambil tindakan susulan yang perlu di samping menyokong usaha meredakan ketegangan serta
01:13mengekalkan kestabilan serantau.
01:15Terdahulu, Tentera Nasional Indonesia TNI sahkan insiden pada ahad itu mengorbankan tiga anggotanya.
01:22Indonesia turut mendesak agar siasatan menyeluruh dilakukan terhadap serangan itu melalui saluran diplomatik bagi mengurangkan ketegangan dan mencegah keganasan lanjut.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments