Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
MIER menggesa dasar PMKS memberi fokus kepada keberkesanan dan impak, bukan sekadar jumlah bantuan yang disalurkan. Institut itu turut menyambut baik Geran Sejahtera MADANI, tambahan pembiayaan mikro serta pengecualian e-Invois yang diperluaskan kepada perniagaan dengan hasil tahunan sehingga RM3 juta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Institut Pendidikan Ekonomi Malaysia atau MIER berpandangan dasar perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS perlu beralih daripada pendekatan berasaskan bantuan
00:10semata-mata kepada pembentukan ekosistem sokongan yang lebih bersepadu, mudah diakses dan berorientasikan hasil.
00:16Menurut MIER, pendekatan itu penting bagi memastikan bantuan yang bersesuaian disalurkan kepada perniagaan pada peringkat perkembangan yang tepat. Pada masa
00:25sama, ia dapat memperkukuh keupayaan institusi serta memaksimalkan pulangan ekonomi dan sosial daripada penggunaan dana awam.
00:35MIER menjelaskan antara cabaran jangka panjang utama yang dihadapi sektor PMKS ialah pemecahan suatu pertindihan program sokongan melibatkan pelbagai kementerian,
00:46agensi kerajaan dan institusi kewangan.
00:48Institusi itu berpandangan pilihan rasan yang lebih baik diperlukan bagi memudahkan akses kepada pembiayaan, mengurangkan pertindihan program serta memastikan bantuan
00:58sampai kepada perniagaan yang memerlukan pada masa yang sesuai.
01:02Menurut MIER, kebersanan dasar PMKS juga perlu dinilai berdasarkan hasil yang dicapai dan bukan hanya berpandukan jumlah peruntukan yang disalurkan.
01:11Antara petunjuk yang perlu diberi perhatian termasuk kelangsungan perniagaan, peningkatan produktiviti, pertumbuhan pendapatan, penciptaan peluang pekerjaan serta keupayaan perusahaan mikro
01:22berkembang ke tahap yang lebih mampan.
01:24MIER turut mencadangkan perdekatan pusat maklumat sehenti yang lebih bersepadu bagi membantu usahawan mendapatkan akses kepada pembiayaan, geran, jaminan, bantuan
01:35pada jitalan, hikmat nasihat dan program pembangunan kemahiran melalui sistem yang lebih terselaras.
01:41Dalam perkembangan berkaitan, MIER mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penyediaan geran sejahtera madani berjumlah RM200
01:51juta.
01:52Inisiatif itu memberi manfaat kepada penjaja, peniaga kecil, perusahaan pasar malam dan ibu yang menjalankan perniagaan dari rumah.
02:00Institut itu turut menyambut baik tambahan RM1 bilion bagi pembiayaan mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan mikro untuk tahun 2026
02:09meningkat daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion.
02:12Menurut MIER, langkah berkenaan menyediakan sokongan yang tepat pada masanya kepada perusahaan mikro yang lazimnya berdepan cabaran lebih besar untuk
02:21mendapatkan akses kepada pembiayaan formal.
02:24Selain itu, MIER turut mengalu-alukan keputusan kerajaan menaikkan ambang hasil tahunan bagi pengecualian e-invoice daripada RM1 juta kepada
02:33RM3 juta.
02:34Institut berkenaan berpandangan langkah itu mampu mengurangkan kos pematuhan serta beban pentadbiran yang dihadapi oleh banyak perusahaan mikro dan kecil.
02:44Menurut MIER, pendekatan tersebut akan membantu PMKS memberi lebih tumpuan kepada pertumbuhan perniagaan dan pengembangan operasi tanpa dibebani keperluan pematuhan
02:54yang berlebihan.
Comments

Recommended