Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan teliti dijalankan susulan nahas 11 kenderaan di Temerloh yang meragut empat nyawa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Temeluh, Pahang yang meragut 4
00:09nyawa.
00:10Beliau turut mengarahkan pihak berwajib menjalankan siasatan teliti bagi mengenalpasti punca kejadian.
00:18Menerusi antaran di media sosial pada Selasa, Anwar merakamkan ucapan taksiah kepada seluruh keluarga mangsa.
00:24Ia termasuk sebuah keluarga yang dalam perjalanan pulang selepas menyambut hari kebangsaan.
00:30Beliau mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruh mangsa serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan.
00:39Anwar pada masa sama mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati, mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga.
00:48Nahas di kilometer 110.3 Lebuh Raya Pantai Timur arah timur dekat lancang itu berlaku kira-kira jam 10.55
00:56minit malam.
00:57Siasatan awal polis mendapati sebuah lori tangki muatan simen dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kenderaan yang bergerak perlahan.
01:06Mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri berusia 32 tahun, anak lelaki mereka berusia 4 tahun serta seorang lelaki berusia
01:1455 tahun.
01:15Kes disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments

Recommended