Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Tindak balas Nepal terhadap banjir kilat dahsyat yang melanda negara itu minggu lalu memasuki fasa baharu apabila pihak berkuasa memperhebatkan operasi bantuan dan pemulihan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tindak balas Nepal terhadap banji kilat dahsyat yang melanda negara itu minggu lalu memasuki fasa baru apabila pihak berkuasa memperhebatkan
00:08operasi bantuan dan pemulihan.
00:10Menurut Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Stefan Dujari, lebih seribu mayat sudah ditemukan manakala kira-kira 3,900 individu
00:19masih dilaporkan hilang.
00:22Pada masa sama, hampir 12,000 mangsa berjaya diselamatkan.
00:26Katanya, bagi ribuan keluarga yang terjejas, keutamaan kini adalah menerima bantuan kemanusiaan.
00:33Menurut Dujari, keluarga mangsa teruk berdepan proses mengenalpasti mayat, menjejaki saudara mara yang masih hilang serta menyatukan semula kanak-kanak
00:40yang terpisah daripada keluarga.
00:42Hampir 3,500 mangsa kini ditempatkan di 27 pusat pemindahan di daerah Nuwakot dan Rasuah yang paling teruk terjejas dengan
00:51sebahagian daripada mereka berlindung di sekolah.
00:53Sementara itu, Program Makanan Dunia WFP telah menyalurkan kira-kira 80 tan metrik bekalan makanan kepada lebih 9,000 orang
01:01dan mempunyai bekalan tambahan untuk kira-kira 5,000 keluarga.
01:058 pasukan kesihatan turut dikerahkan dan sudah memberikan bantuan kepada lebih 1,200 mangsa.
01:10Perkhidmatan talian bantuan kesihatan mental 24 jam kini beroperasi.
01:16Kerajaan Nepal bersama PBB dijadual melancarkan rayuan kecemasan kemanusiaan selama 4 bulan pada Jumaat bagi mendapatkan sokongan untuk operasi bantuan
01:24kecemasan.
01:25Dalam pada itu, penilaian awal PBB menganggarkan banjir dan aliran lumpur menghasilkan sekurang-kurangnya 2.2 juta tan serpihan.
01:34Bencana itu teruk menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur tenaga sehingga operasi di sebelas loji hidroelektrik dan sebuah loji solar terpaksa
01:42dihentikan.
01:45Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended