00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bin Lashah menitahkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan supaya mempergiatkan usaha pencegahan
00:09banjir lebih awal, khususnya di negeri berkenaan.
00:13Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang pada selasa, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa pihak berkaitan perlu memberikan perhatian segera terhadap
00:21kerja-kerja pembersihan dan pendalaman parit serta longkang,
00:25khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir ketika memasuki bulan September.
00:32Baginda turut bertitah agar pihak berkaitan memastikan projek tempatan banjir yang sedang dilaksanakan secara berperingkat berjalan lancar dan disiapkan mengikut
00:41jadual yang ditetapkan.
00:43Hantaran berkenaan memaklumkan Sultan Pahang bertitah demikian pada istiadat pengurniaan surat cara pelatikan dan mengangkat sumpah jawatan di Balai Mahkota
00:52Istana Abdul Aziz di Kuantan pada selasa.
00:54Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menitahkan kerajaan negeri dan agensi terlibat supaya terus memantau serta mengambil tindakan terhadap
01:02pencerobohan tanah secara haram di seluruh Pahang dengan lebih berkesan, tegas dan bijaksana berlandaskan undang-undang.
01:10Baginda turut menzahirkan rasa syukur kerana perkembangan kes-kes mahkamah berkaitan pencerobohan tanah haram dilihat memihak kepada kerajaan negeri Pahang.
Comments