Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
MET Malaysia menjangka jerebu di Sarawak berlarutan lebih seminggu susulan kebakaran di Kalimantan dan tiupan angin barat daya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penduduk Sarawak dijangka terus berdepan jerebu untuk tempoh seminggu atau lebih selagi kebakaran di Kalimantan belum dipadamkan dan tiupan angin
00:09barat daya kekal berterusan.
00:11Timbalan Ketua Pengarah Operasi Med Malaysia, Ambun Dindang pada Selasa berkata, keadaan itu dipengaruhi dua faktor utama iaitu kebakaran dan
00:19arah tiupan angin.
00:20Malah taburan hujan di negara ini hanya mampu mengurangkan kesan jerebu buat sementara.
00:25Okey, hujan yang turun di negara kita hanya boleh membantu secara sementara.
00:32Ia boleh memendapkan zarah-zarah terampai tersebut dan boleh mengurangkan dari segi kesan jerebu.
00:37Tetapi apa yang diperlukan sangat ialah hujan yang menyeluruh di kuasa kebakaran tersebut.
00:43Kerana kita perlu memadamkan punca dulu bagi memastikan jerebu itu tidak dibawa ke negara kita.
00:51sebab kita sentiasa maklum bahawa sepanjang bulan September ini angin kita masih lagi konsisten daripada arah barat daya iaitu daripada
01:00arah kuasa kebakaran tersebut.
01:02Jadi yang perlu kita harapkan adalah hujan yang menyeluruh lah terutamanya di bagian barat Kalimantan dan juga selatan Kalimantan supaya
01:11dapat mengurangkan sedikit asap jerebu yang berpunca daripada sana.
01:15Malaysia kini mengalami monsoon barat daya yang dicirikan cuaca panas, kering serta kurang hujan dan dijangka berterusan sepanjang September.
01:24Pada 28 Ogos lalu sebanyak 1,738 titik panas direkodkan di selatan dan barat Pulau Borneo.
01:31Walaupun jumlah itu menurun kepada 261 titik panas di Kalimantan Barat, asap masih dibawa angin ke barat dan selatan Sarawak.
Comments

Recommended