Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jerebu kembali melanda. Siapa paling berisiko dan bagaimana kanak-kanak, warga emas serta pesakit kronik boleh melindungi diri?

Ikuti perkongsian Pakar Kesihatan Awam UPM, Dr Siti Aisah Mokhtar, mengenai langkah keselamatan ketika kualiti udara merosot.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Seperti asma dan juga masalah jantung atau paru-paru perlu lebih berhati-hati ketika kualiti udara merosot.
00:36Jadi apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri?
00:39Adakah cukup sekadar mengurangkan aktiviti luar atau ada langkah lain yang perlu diambil?
00:45Dan bila keadaan jerebu sudah mula memberi kesan kepada kesihatan?
00:48Itu yang akan kita bincangkan bersama tetamu kita secara dalam talian.
00:53Kita ada Dr. Siti Aisyah Muhtar yang merupakan pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.
01:01Assalamualaikum. Selamat pagi Dr. Aisyah.
01:04Selamat pagi. Assalamualaikum Syazwani.
01:07Assalamualaikum Salam.
01:08Doktor, kita tahu kalau kita melihat kepada bacaan IPU Sarawak dan juga Sabah mencatatkan bacaan yang tidak baik, bukan sahaja
01:19tidak baik, malah ia membimbangkan.
01:22Mungkin pada awal ini kita nak memahami siapa sebenarnya yang boleh dikategorikan sebagai golongan atau perkumpulan yang paling berisiko apabila
01:31berhadapan dengan keadaan jerebu dalam indeks bacaan yang sangat membimbangkan ini, Doktor.
01:38Okey, seperti mana yang Syazwani cakap tadi, saya rasa paling jelas sekali adalah mereka yang secara umumnya memang kita semua
01:47ini akan terdedah kepada kesan buruk disebabkan oleh jerebu ini.
01:53Tapi kalau kita tengok ada tiga golongan yang saya rasa perlu diambil perhatian iaitu pertama sekali golongan kanak-kanak, warga
02:00emas dan mereka yang ada penyakit kronik.
02:03Ini adalah penting sebab kita kena tahu terutama sekali sebab kanak-kanak mereka ni apa orang kata organ badan terutama
02:10sekali paru-paru masih belum berkembang dengan sepenuhnya.
02:13Jadi kalau kita tahu kanak-kanak ni dia bernafas dengan lebih laju berbanding dengan orang dewasa.
02:19Jadi bila dia bernafas dengan lebih laju lebih banyak lagi poluten ataupun zarah partikel daripada jerebu ni boleh masuk ke
02:26dalam paru-paru.
02:26Manakala warga emas kita tahu mereka ni mempunyai sistem apa orang kata fungsi badan yang semakin merosot ya disebabkan faktor
02:35usia.
02:35Jadi mereka juga boleh mendapat kesan yang lebih teruk disebabkan jerebu.
02:40Dan kita tahu mereka yang ada penyakit kronik seperti asma, penyakit jantung ataupun mereka yang mempunyai pesakit paru-paru yang
02:48kronik seperti COPD.
02:49Mereka ni pun mempunyai daya rintang terhadap sakit terutama sekali untuk paru-paru adalah semakin rendah.
02:57Jadi tiga-tiga golongan ini adalah golongan yang kita kata bila mereka terdedah kepada pencemaran udara disebabkan jerebu ini mereka
03:06mempunyai kesan yang lebih teruk berbanding dengan publik ataupun komuniti yang lain.
03:14Okey. Doktor dah senaraikan golongan ataupun kumpulan yang lebih berisiko inilah termasuk kanak-kanak, warga emas dan juga mereka yang
03:22berhadapan dengan penyakit kronik.
03:23Tapi keadaan jerebu ketika ini kita lihat agak berbeza dan mungkin boleh disifatkan sebagai bahaya juga sebab kalau tahun-tahun
03:32sebelum ini mungkin mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi ini yang cepat mungkin mendapat jangkitan dan sebagainya.
03:40Tapi ketika ini doktor kita lihat publik secara umumnya, orang awal secara umumnya juga mudah terkesan.
03:48Apa yang boleh dilakukan sebenarnya sebab kita memang dah sering katakan pakai pelitup muka, minum air yang secukupnya, jangan buat
03:56aktiviti outdoor.
03:58Tetapi kita lihat kesihatan awam ini makin lama makin mungkin lebih parah. Apa yang perlu dilakukan sebenarnya doktor?
04:07Okey Syazwan ini kalau kita tengok kan macam Syazwan ini kata pada minggu lepas pun Kementerian Kesehatan memberitahu kadar kemasukan
04:16ataupun pesakit yang dimasukkan disebabkan oleh masalah parah-parah ini pun telah meningkat dua kali ganda.
04:24Jadi kita memang nampak memang ada orang kata perkaitan antara zarah jerubu ataupun pencemaran udara ini dengan kita punya kesan
04:35kepada kesihatan.
04:37So macam kita kata tadi kurangkan aktiviti luar, banyakkan minum air ya.
04:41Tapi saya rasa ada tiga perkara penting yang perlu kita orang kata hadam dan perlu kita catnah.
04:47Nombor satu sekali adalah semak. Paling penting sekali adalah kita semak IBU di tempat kita sebab dia very dynamic kan
04:54jadi kita perlu pantau keadaan IBU.
04:57Jadi kita tahu dah dekat mana tahap yang kita perlu berhati-hati di mana kita ada tahap tidak sihat, tidak
05:03sihat dan berbahaya.
05:04So itu paling penting sekali pantau IBU di kawasan tempat tinggal kita ataupun tempat yang kita akan pergi.
05:10Nombor dua adalah kita perlu orang kata pastikan kurangkan aktiviti di luar seperti mana Syazwan dikatakan.
05:17Jadi tak ada cara lain untuk kita kurangkan pendedahan kita kepada pollutant ni ataupun pencemaran udara ini selain daripada kita
05:24kurangkan aktiviti luar terutama sekali bila IBU menunjukkan tahap tidak sihat.
05:29Sebab kita tahu bila tak sihat ni, zarah-zarah partikel yang kita panggil partikulat matter ni dia semakin banyak sebab
05:34dia sangat berbeza dengan pencemaran udara yang lain disebabkan oleh gases.
05:38Yang ini kebanyakannya adalah disumpangkan oleh partikulat matter.
05:43Dan yang ketiga adalah kita pantau ataupun kita semak kita punya apa nama, kita punya simptom-simptom ya sekiranya terutama
05:52sekali mereka yang ada penyakit seperti asma, pastikan mereka sentiasa membawa inhaler ke mana-mana terutama sekali sekarang ni mesti
05:59bercuti sekolah kan semua orang keluar ya, bercuti.
06:02Jadi pastikan kita bawa ubat-ubatan yang cukup sama sekali mereka yang ada penyakit-penyakit kronik seperti asma dan penyakit
06:09jantung.
06:09Jadi saya rasa dengan adanya tiga ni iaitu kita semak, kita apa orang kata kurangkan aktiviti dan juga kita pantau
06:17gejala kita ni boleh mengurangkan risiko kita untuk dapat kesan daripada jerebu ni.
06:22Okey doktor, kita dah faham itu apa yang perlu dilakukan lah.
06:27Cuma seperti yang doktor katakan tadi, ketika ini musim cuti sekolah pastinya ibu bapa akan membawa anak-anak untuk pergi
06:35bercuti lah kan.
06:36Dan kita tak dapat nak halam pun sepenuhnya untuk tidak melakukan aktiviti di luar.
06:41Terutamanya ketika bercuti ataupun orang kata tengah holiday ni mestilah nak seronok-seronok.
06:47Okey kalau mereka dah melakukan aktiviti di luar bersama dengan kanak-kanak ataupun bersama dengan warga emas mungkin dalam tempoh
06:55satu atau dua jam.
06:56Sebab tempoh itu juga sangat kritikal untuk mungkin perkembangan fizikal dan juga mental kanak-kanak dan juga kesihatan mental secara
07:05keseluruhannya lah kan doktor.
07:07Cuma apabila dah spend masa di luar itu apa yang boleh dilakukan sejurus selepas mereka masuk semula tak kisahlah dalam
07:15indoor lah.
07:15Adakah perlu minum air yang satu kuantiti yang mencukupi atau mungkin kalau dah ada rasa gata-gata dekat tekak tu
07:25dah kena ambil ubat batuk ataupun ubat sakit tekak secara terus.
07:29Apa mungkin langkah yang perlu dilakukan sekiranya selepas dah spend time dekat outdoor tu doktor?
07:35Okey macam kita kata memang cuti sekolah ni kita tak dapat elakkan memang aktiviti luar ni adalah sesuatu yang kita
07:42kata memang satu kisimewaan lah bila bercuti sekolah ni sebab kita ada pantai, kita ada pusat peranginan kan.
07:50Jadi yang paling penting sekali adalah kalau boleh ibu bapa yang bawa kanak-kanak ataupun warga emas ni tengok dulu
07:57IPU sebelum kita bawa kanak-kanak ataupun warga emas ni keluar lah.
08:01So kalau boleh kalau kita tengok IPU tak cantik mungkin kita boleh tunduk aktiviti tersebut kita mungkin lebih banyakkan aktiviti
08:08-aktiviti indoor seperti kita kata melawat museum ataupun banyak lagi aktiviti-aktiviti indoor yang kita boleh lakukan.
08:15Namun kalau kita kata macam perlu juga aktiviti itu dilakukan di luar kalau boleh kita lindungi kanak-kanak yang terutama
08:24sekali yang ada penyakit-penyakit macam asma sebab kita tahu walaupun pendedahan pada masa yang singkat dia boleh trigger dia
08:30punya
08:31apa kita kata radang baru-baru tersebut ataupun exhibitions of asma ya. So dia boleh mencetuskan kejalanan lebih serius.
08:40Dalam masa yang sama bila kita sebelum tinggalkan rumah pastikan kita bawa ubat-ubatan anak-anak kita terutama sekali kalau
08:46yang memang ada asma pastikan kita bawa inhaler ya keluar jadi pastikan sebelum melakukan aktiviti luar kita pakai kita punya
08:54inhaler dan selepas balik juga kita perlukan perlu memakai inhaler sekiranya mendapat apa orang kata nasihat daripada doktor.
09:04So saya rasa itu sangat-sangat penting pastikan kita bersiap-siaga dan pastikan kita juga membawa ubat-ubatan yang mencukupi.
09:11Tapi saya rasa nasihat yang paling penting sekali adalah sekiranya gejala semakin teruk pastikan dapat rawatan yang segera sebab kita
09:18tahu asma ni dia boleh trigger dan dia punya gejala boleh jadi lebih teruk sekiranya tidak dirawat dengan segera.
09:25Okey doktor mungkin boleh beri pendidahan sekali lagi lah sebab kita melihat kepada perubahan cuaca ini gejala mungkin lebih kurang
09:34sama bagi apa sahaja diagnosis pun apabila kita cakap berkenaan dengan pencemaran udara jerabu ini seperti biasalah asma itu satu
09:42diagnosis yang mungkin menyebabkan gejala sesat nafas, batuk, sakit teka.
09:47Apa mungkin gejala lain yang kalau mereka yang tidak berada dalam golongan pesakit kronik ataupun ada penyakit-penyakit tertentu ini
09:55yang sepatutnya diberikan perhatian doktor?
09:59Okey sejarah generalnya macam saya cakap tadi jerabu ni dia ada kita panggil bukan sangat gas-gas yang beracun tapi
10:07dia juga mempunyai particulate matter ataupun zarah-zarah habuk yang kecil ya dan dia sangat kecil kalau kita tengok dia
10:15punya saiz tu sangat kecil kita panggil 2.5 di mana dia boleh menembus kita punya salur darah.
10:21Jadi kalau kita tengok secara generalnya bila zarah-zarah tersebut masuk ke salur penafasan kita akan mula rasa sakit teka,
10:30gatal-gatal teka. Ini sebab dia menyebabkan iritasi kepada salur penafasan kita.
10:35Jadi kalau untuk general public selalunya kita akan rasa sakit teka, batuk-batuk. Jadi selalunya gejala ni adalah gejala yang
10:44lebih ringan namun ada setengah orang kan mungkin dia ada dapat asma ni bukanlah secara kerap kan tapi dia mungkin
10:54sekali setahun.
10:56Jadi ini boleh trigger dia punya gejala dengan lebih teruk. Jadi bila kita tahu dia menyerang kita punya salur penafasan
11:03dia juga akan menyebabkan kahak lebih banyak, lendir-lendir dalam paru-paru lebih banyak.
11:07So ini yang menyebabkan salur penafasan kita block ya. Bila block kita pun akan lebih suka bernafas.
11:14Manakala kalau kita tengok golongan yang sakit jantung ya kita kata zarah-zarah ni boleh masuk ke salur darah dan
11:20dia boleh menyebabkan trigger apa orang kata heart attack.
11:26kepada mereka yang mempunyai sakit jantung.
11:30Okey doktor. Pastinya banyak lagi yang nak kita bincangkan bersama dengan doktor Siti Asya tapi kita nak berhenti rehat seketika.
11:36Kita kembali lagi selepas ini.
11:51Baik doktor kembali dalam awal ini pagi. Hari ini kami bincangkan berkenaan dengan keadaan jerebu yang semakin memburuk ketika ini
11:58siapa yang paling terdedah.
11:59apa yang perlu dilakukan itu yang kita bincangkan bersama dengan doktor Siti Asya Mauta pakar perubatan kesihatan awam dari fakulti
12:06perubatan dan sains kesihatan UPM.
12:08Doktor Asya banyak yang kita bincangkan tadi terutamanya apakah bentuk gejala-gejala dan juga apa yang perlu dilakukan iaitu kurangkan
12:17aktiviti di luar dan juga selalu tengoklah kepada bacaan IPU untuk kalau nak spend time dekat outdoor lah.
12:23memadakan ketika ini cuti sekolah. Okey berbalik kepada penggunaan pelitup muka itu sering juga dikatakan dan digesalah untuk menggunakannya terutamanya
12:34ketika ini pada waktu keadaan jerebu yang semakin memburuk.
12:37Apa mungkin jenis pelitup muka yang boleh digunakan adakah sama seperti pelitup muka jenis yang seperti pernah kita semua gunakan
12:47pada satu dan pada satu waktu dahulu ketika COVID-19
12:50dan juga kita lihat adakah penggunaan pelitup muka ini semakin berkurangan ataupun semakin mungkin menyusahkan doktor.
13:00Okey so kalau kita tengok ada banyak jenis pelitup muka kan yang kita sangat familiar itu kita panggil fismas ataupun
13:06kita panggil sejika emas ya.
13:08Namun kalau kita sebut bila jerebu ini dia berbeza sebab kita kata macam saya maksudkan tadi bila kita kata zarah
13:14partikel ataupun PM2.5 ini dia sangat kecil.
13:17Jadi dia boleh menembusi kita punya apa pelitup muka yang kita yang kita selalu pakai lah yang sejika emas tersebut.
13:24So ada juga yang bertanya kepada saya apa peranan untuk emas seperti N95 ya sebab N95 ni dia lebih apa
13:32orang kata lebih kedap ya dan dia lebih menapis zarah partikel ni daripada masuk ke dalam paru-paru
13:39paru-paru kita. Tapi kalau kita tengok kan untuk pakai N95 ni satu dia adalah sangat mahal. Nombor dua kita
13:46kena pakai dengan cara yang betul untuk pastikan kita betul-betul dapat mengurangkan ataupun menapis ya zarah tersebut daripada masuk
13:54ke dalam salur penafasan kita.
13:56Jadi dia perlu ada test fit sebab kalau tak nanti zarah-zarah ni masih boleh masuk. Jadi untuk test fit
14:02ni dia bukan semua orang sangat sesuai untuk pakai emas ni terutama sekali kalau kanak-kanak dan kita tahu kanak
14:08-kanak ni dia bernafas dengan lebih laju.
14:10So dia mungkin boleh lebih trigger dia punya apa orang kata sesat nafas dia. Segejala sesat nafas tu disebabkan oleh
14:17kekurangan ataupun cara penafasan yang tidak betul.
14:20Jadi bagi saya selain daripada kurang mungkin kalau kita perlu berada di luar pakai emas yang sesuai mungkin kita boleh
14:28pakai sejika emas tapi dalam masa yang sama pastikan kita kurangkan aktiviti di luar.
14:33Jadi saya rasa lebih elok kalau kita pakai NIT5 tapi kalau tak ada sejika emas itu pun sudah mencukupi. At
14:41least kita boleh menapis zarah-zarah yang lebih besar.
14:44Tapi yang paling penting sekali adalah kita kurangkan aktiviti di luar sekiranya IPU tidak sihat.
14:49Okey doktor penggunaan pelitup muka itu okey dah jelas apa yang perlu kita lakukan.
14:55Cuma doktor apa mungkin mitos lah yang perlu kita tangani dan juga perbetulkan terutamanya dalam keadaan musim jerabu ini.
15:04Mungkin adakah yang beranggapan kalau mereka dijangkiti ataupun mengalami gejala-gejala akibat daripada perubahan cuaca ini.
15:15Adakah ia juga boleh menular? Itu mungkin satu perkara yang perlu diperjelaskan sebab kita melihat dalam satu komuniti itulah contohnya
15:24apabila berada dalam satu ofis kita akan lihat satu demi satu akan mengalami gejala-gejala seperti batuk, sakit tekat dan
15:34sebagainya.
15:34Adakah ia sebenarnya boleh menular doktor?
15:38Okey secara general je sebab kita tahu dia bukan boleh menular tapi semua orang being exposed kepada poluten ini.
15:44Itu yang menyebabkan kadang-kadang orang kata satu ofis pun kadang-kadang satu rumah pun mula bergejala ya.
15:50Seperti batuk, sesema, sakit tekat kan ini disebabkan oleh udara kita yang di luar yang tidak sihat, masuk.
15:56Jadi semua orang dia mengalami gejala yang sama.
15:59Namun walaubagaimanapun kita tahu macam saya cakap tadi bila kita terkena ya zarah-zarah partikel ni dia menyebabkan iritasi ataupun
16:07radang kepada salur penafasan kita.
16:09So bila salur penafasan kita ni jadi apa ada radang ataupun inflammation dia sebenarnya mendedahkan juga salur penafasan kita kepada
16:18di invite ya bakteria, viruses dekat luar tu untuk masuk ke dalam paru-paru kita.
16:23dan ini akan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk. Itu yang menyebabkan kita kata mula-mula sekali batuk sakit tekat disebabkan
16:31oleh jerbu dan seterusnya akan menyebabkan penyakit berjangkit seperti COVID, influenza yang mana kita tahu virus-virus ni ada di
16:38sekeliling kita.
16:39Jadi dia mula dengan radang lepas tu dia boleh menyebabkan apa orang kata jangkitan ataupun infection dan akhirnya dia boleh
16:47menyebabkan gerizalan yang lebih teruk seperti sesak nafas.
16:49Okey maksudnya prevention is better than cure lah eh. Tapi bagi mereka yang berada dalam keadaan yang sihat optimum kan
16:58mereka merasakan okey ni okey ni.
17:00Adakah mereka juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga atau fokus terutama kita melihat kepada pencemaran udara ini lebih kepada golongan
17:10berisiko sahaja.
17:12Bagi mereka yang berada dalam keadaan sihat ini apa mungkin langkah yang perlu mereka lakukan juga doktor?
17:18Okey so kita tahu mereka yang berisiko ni kanak-kanak, warga emas, mereka yang ada penyakit kronik ni dia lebih
17:25ada kesan kesihatan secara jangka masa pendek.
17:28Maksudnya sekarang ni dia dah mula menunjukkan gejala dan gejala ni mungkin lebih teruk berbanding dengan gender public.
17:33Tapi kalau kita tengok sebenarnya ada kajian yang menunjukkan terutama sekali orang kata jerbu disebabkan oleh pembakaran ya.
17:40Jadi dia punya particulate matter ni pun mempunyai kesan jangka panjang kepada sistem kesihatan kita.
17:47So ada beberapa kajian menunjukkan pada masa yang panjang kita secara general juga boleh mendapat kesan kesihatan yang buruk disebabkan
17:57oleh
17:57zarah ataupun pencemaran udara disebabkan oleh kebakaran hutan ni.
18:02Jadi kalau kita tengok secara general dia sama ada kesan ke masa pendek ataupun kesan jangka panjang-panjang
18:08sesiapa pun general public, kecil, besar, tua, muda boleh mendapat kesan daripada jerbu ni.
18:16Okey doktor, bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti senaman lah kan mungkin
18:21kita lihat juga sejak kebelakangan ini terutamanya di Lembah Kelang
18:26kalau di Sarawak dan juga Sabah itu mungkin sudah dikurangkan susulan daripada bacaan IPU yang membimbangkan
18:32tetapi di Lembah Kelang ini masih ada lagi event-event berskala besar yang menghimpunkan ramai
18:39mungkin kita boleh cakap dengan event running yang dalam keadaan IPU yang agak tidak menentu juga
18:46adakah sewajarnya ia di nak kata batalkan pun tak bolehlah juga sebab
18:52partisipasi daripada orang ramai itu sangat meriah tetapi mungkin ditunda seketika
18:58dan juga kurangkan aktiviti berskala besar itu doktor?
19:03Memang secara bagus ni memang kita tengok kalau kita tengok IPU tidak sihat bagi saya
19:08kalau lebih melebihi 200 tu bagi saya memang kalau seeloknya kita mungkin sepatutnya tunda
19:14tapi kalau mungkin ada setengah macam benda ni dah dirancang lebih awal ya
19:18dan banyak arrangement telah dilakukan
19:20mungkin apa yang kita boleh buat adalah kita tapis ya kita tengok mereka kalau boleh
19:25mereka-mereka yang berisiko tinggi kan macam siapa yang punya penyakit berjangkit
19:29penyakit asma ataupun mungkin kalau boleh elakkan bawa kanak-kanak ataupun warga emas
19:35untuk menyertai event sebegitulah tapi kalau saya kata paling penting sekali adalah
19:41kita check dulu pastikan keadaan IPU kita elok sebab saya rasa ini adalah tanggungjawab kita bersama
19:48ok antara aktiviti mungkin senaman secara indoor lah yang boleh dilakukan tak kisahlah
19:54dalam kalangan publik ataupun mereka yang berada dalam golongan pesakit kronik
20:00ataupun mereka yang lebih terdedah ini apa mungkin untuk memastikan tahap kesihatan mereka
20:04juga berada pada tahap yang baik apa mungkin senaman ringan yang boleh dilakukan
20:07untuk memastikan ya fizikal itu juga bergerak doktor
20:13ok sebenarnya kalau kita tengok kan untuk kita buat aktiviti dalaman ni
20:18dia tak perlukan orang kata lebih kepada kardio
20:21so kita buat aktiviti rutin di rumah naik tangga turun tangga berjalan pun
20:26itu dah cukup untuk orang kata membuatkan kita lebih
20:31ya facility seperti yang kadang sekarang ni kita tengok banyak rumah-rumah kediaman
20:35yang dah ada gym, indoor gym pun boleh kita fully utilize
20:39aktiviti ataupun facility yang sedia ada
20:42tapi dalam masa yang sama janganlah kita kata bila kita
20:46kekal di dalam rumah ataupun indoor ni kita jadi tidak aktif
20:49jadi pastikan kita bergerak ya kita lakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan di rumah ya
20:55so ada banyak saya rasa video-video senaman yang kita boleh lakukan secara indoor
21:00ini kita kena orang kata kita kena faham dan perkara ini berlaku secara sementara
21:06dia bukanlah berterusan jadi kita hanya perlu adjustment terhadap kita punya aktiviti luaran
21:14kepada dalaman kita itu sahaja
21:16ok doktor kita nak recap kembalilah dan juga conclude kepada perbicaraan kita hari ini
21:22apa mungkin tiga perkara yang boleh dilakukan oleh semua orang
21:26tak kisahlah mereka yang berada dalam golongan yang berisiko
21:30ataupun secara amnya apa tiga langkah yang boleh lakukan
21:32adakah contoh ya doktor kalau mereka sudah berada di kawasan outdoor itu
21:37pada satu atau dua jam kemudian balik mereka perlu letakkan kain basah ke
21:43untuk mengurangkan gejala-gejala seterusnya
21:46adakah itu juga antara langkah yang boleh dilakukan
21:48ataupun ada langkah lain sebenarnya doktor
21:52ok saya tadi saya terangkan yang tiga langkah itu
21:55yang pertama sekali adalah semak IPU
21:57pastikan kita saya pasti trafik untuk masuk ke website
22:02ataupun pelaman sesawang Jabatan Meteorologi ini memang sesak kan sekarang ini
22:06tapi kan pastikan kita semak IPU kita tahu dekat mana tahap selamat
22:11bila tahap tidak selamat ya
22:13so pastikan kita semak kita punya IPU di dalam masa sawang yang
22:20orang kata yang betul
22:22nombor dua kurangkan aktiviti kalau boleh elakkan ya aktiviti di luar
22:27kalau perlu mungkin kurangkan waktu dia
22:30dan bila balik macam Shazwani kata pastikan kita bersihkan badan kita ya
22:34sebab habuk-habuk itu mungkin boleh terlekat dekat badan dekat rambut ya
22:38so pastikan kita bersihkan badan kita sebelum kita masuk ke dalam rumah
22:42dalam masa yang sama selain daripada itu kita nak elakkan pencemaran di luar
22:46tapi dekat dalam rumah kita sebabkan tak boleh keluar kan kita ada pula yang merokok
22:51ataupun parents ataupun ibu bapa yang merokok dalam rumah
22:54so kurangkan pencemaran secara indoor ya kita nak pastikan at least udara kita
23:00dekat dalam rumah ni adalah elok ya dan dalam masa yang sama kan saya pasti
23:04ada yang bila duduk kat rumah ni dia buka tingkap kan jadi kita tahu buat masa ni
23:09kurangkan ni kita buka tingkap sebab kita tak nak zarah-zarah jerubu tu masuk pula
23:13ke dalam rumah kita dan yang nombor tiga saya rasa paling penting sekali adalah
23:17pantau tahap kesihatan masing-masing sebab macam saya sebut tadi
23:21kesan untuk jerubu ni bukan sahaja kepada tiga golongan tadi
23:25tapi juga kepada general public
23:27jadi sekiranya tiba-tiba kita rasa macam sesak nafas ataupun kita rasa
23:31simptom ataupun kejalan yang kita alami ni lebih terut daripada biasa
23:35pastikan kita mendapatkan rawatan dan berjumpa dengan doktor secara segera
23:39ok terima kasih kita ucapkan kepada Dr. Siti Asyamuhtar Pakar Perubatan Kesihatan Awam
23:44dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan kita bercakap berkenaan
23:49dengan langkah-langkah untuk menjaga diri sendiri dan juga orang sekeliling kita
23:54dalam keadaan jerubu yang semakin memburuk ini terima kasih sekali lagi
23:57kita ucapkan kepada Dr. Siti Asyam dan kita harapkan perbincangan ini
24:00dapat membuka mata orang awam dan yang paling penting adalah stay safe
24:04saya kira itu saja masa yang kami ada dalam awam ni pagi hari ini
24:08sekian saya Norsha Zwanisah Fusham kita jumpa lagi
Comments

Recommended