Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kereta dinaiki tiga lelaki yang maut dalam kemalangan di Jalan Hutan Simpan Bagahak, Lahad Datu pada Isnin malam, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik semasa mereka dalam perjalanan dari Tungku menuju ke bandar Lahad Datu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kereta dinaiki tiga lelaki yang maut dalam kemalangan di jalan hutan simpan bagahak Lahad Datu pada istilah malam dipercayai hilang
00:08kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik semasa mereka dalam perjalanan dari Tungku menuju ke bandar Lahad Datu.
00:16Ketua Polis Daerah Lahad Datu SCP Zulbaharin Ismail berkata, kejadian berlaku pada jam kira-kira 8 malam dan semua mangsa
00:25terdiri daripada seorang lelaki yang belum dikenalpasti dan dua remaja berusia 17 dan 18 tahun tercampak keluar dari kenderaan.
00:34Katanya kesemua mangsa jatuh di jalan dan kereta pula terjatuh ke dalam gaum di sebelah kiri jalan.
00:40Pemeriksaan awal di lokasi kejadian turut menemukan kesan tayar sepanjang kira-kira 20 meter di permukaan bahu jalan dipercayai milik
00:48kereta itu.
00:49Zulbaharin berkata pemeriksaan oleh pihak bomba di dalam dan sekitar kenderaan mendapati tiada mangsa lain terlibat dalam kemalangan itu.
00:57Kes disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi
01:07pegawai penyiasat trafik Inspektor Humaydi Harun menerusi talian 089-881-255 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Lahad
01:18Datu.
Comments

Recommended