Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Polis Sabah merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 100 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM6.14 juta menerusi tiga operasi di Kudat, Papar dan Penampang bulan lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Sabah merampas pelbagai jenis dada seberat lebih 100 kg menilai kira-kira 6.14 juta ringgit menerusi 3 operasi
00:10di Kudat, Papar dan Penampang bulan lepas.
00:12Pesuruh Jaya Polis Sabah Dato' Jautih Dikun berkata rampasan itu membabitkan 49.9 kg bunga ganja dan ganja bernilai 3
00:22.56 juta ringgit, 1.624 kg syabu bernilai 81,200 ringgit serta 50 kg syabu bernilai 2.5 juta ringgit.
00:35Beliau berkata dalam operasi di Kudat pada 20 Ogos, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Kontijen Sabah menahan
00:44seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun di gelanggang bola tampak kampung Tanjung Kapur kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
00:52Isteri lelaki itu seorang warga asing berusia 32 tahun turut ditahan kira-kira 10 minit kemudian di tepi jalan kampung
00:59Tanjung Kapur dan polis merampas 75 paket disyaki bunga ganja seberat 44.3 kg serta 10 paket disyaki ganja seberat
01:085.6 kg.
01:10Beliau berkata dadah bernilai 3.56 juta itu dianggarkan mampu menampung kira-kira 99,800 penagih bagi sekali penggunaan manakala
01:20kedua-dua suspek telah dituduh di Mahkamah Kudat pada 28 Ogos.
01:24Dalam kes berasingan di Papar dan Penampang pada 19 Ogos, polis merampas 2 lelaki dan 2 wanita serta merampas 1
01:31.624 kg syabu bernilai 81,200 ringgit.
01:35Menurut beliau, tangkapan pertama dilakukan di sebuah rumah di Papar sebelum serbuan sesulan membawa kepada penahanan 2 wanita bersama kira
01:43-kira 1.02 kg syabu di tepi jalan kawasan berkenaan.
01:48Siasatan lanjut dengan bantuan bahagian siasatan jenayah narkotik daerah Penampang kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki yang disyaki sebagai
01:56pembekal di Putatan.
01:57Kesemua empat suspek berusia antara 35 dan 42 tahun direman hingga esok manakala dadah dirampas dipercayai untuk pasaran Papar dan
02:06mampu menampung kira-kira 2,914 penagih bagi sekali penggunaan.
02:11Sementara itu dalam Oaks Bayu 14 di Penampang pada 25 Ogos, polis menahan 2 lelaki tempatan berusia 45 dan 46
02:19tahun serta merampas 50 kg syabu bernilai 2.5 juta ringgit.
02:24Jauh teh berkata polis yang menjalankan pemerhatian di hadapan sebuah premis di jalan bundusan mengesan beberapa kenderaan dalam keadaan mencurigakan
02:32sebelum melihat seorang daripada suspek memindahkan beberapa bungkusan plastik disyaki dadah.
02:37Pemeriksaan ke atas sebuah Toyota Vios menemukan 28 bungkusan disyaki syabu seberat 28 kg manakala 22 lagi bungkusan seberat 22
02:45kg ditemukan dalam sebuah perdua beza.
02:48Beliau berkata dadah berkenaan dianggarkan mampu menampung kira-kira 1.43 juta penagih bagi sekali penggunaan dan kedua-dua suspek
02:56di reman hingga esok.
02:58Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
03:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended