Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Polis mengesahkan pergaduhan menggunakan senjata sehingga menyebabkan dua mangsa cedera parah di hadapan sebuah sekolah di Ayer Itam di George Town pada Sabtu lepas membabitkan ahli kumpulan dikenali sebagai Geng 04.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis mengesahkan pergaduhan menggunakan senjata sehingga menyebabkan dua mangsa cedera parah di hadapan sebuah sekolah di air hitam di Georgetown
00:08pada Sabtu lepas,
00:10membabitkan ahli kumpulan dikenali sebagai Geng 04.
00:13Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Dennis Lim Kuang Keng berkata,
00:17Kesemua 13 lelaki tempatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu, dipercayai ahli kumpulan itu namun dari kawasan berbeza dengan
00:26salah faham berkaitan hutang dipercayai punca pergaduhan.
00:32Katanya hutang itu tidak membabitkan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen, sebaliknya suspek cuba membantu pihak dikenalinya mengutip hutang daripada pemiutang
00:42yang terdiri daripada geng yang sama.
00:44Mereka berbincang secara baik pada awalnya tetapi gagal mencapai persetujuan menyebabkan berlaku pertikaian dan pergaduhan sehingga seorang suspek cuba merempuh
00:53beberapa individu di situ menggunakan kenderaan.
00:56Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang pada Selasa.
01:02Sebelum ini polis menahan 13 lelaki tempatan termasuk 3 di bawah umur berusia 16 hingga 33 tahun menerusi 5 serbuan
01:09di sekitar Pulau Pinang pada hujung minggu lepas bagi membantu siasatan kes itu.
01:14Lim berkata 2 lelaki berusia 30-an yang cedera parah bukan anggota kumpulan itu, sebaliknya melalui kawasan itu selepas menghadiri
01:22upacara keagamaan.
01:23Mereka kebetulan memakai pakaian yang berwarna hampir sama menyebabkan disangka sebagai anggota kumpulan terlibat pergaduhan itu.
01:31Keadaan mereka kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.
01:35Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Kesiksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata dan Seksyen 148 Kanun
01:44Sama iaitu rusuhan bersenjata.
Comments

Recommended