00:00Kementerian Peladangan dan Komoditi berharap Belanjawan 2027 terus memberi penekanan kepada pengkuhan sektor agri-komoditi, khususnya dalam peningkatkan pendapatan pekebun
00:10kecil dan daya saing industri.
00:12Menterinya Dato' Sri Noraini Ahmad berkata, Kementerian telah mengenal pasti lima tumpuan utama yang wajar diberi perhatian bagi memperkasakan sektor
00:20berkenaan.
00:22Menurut beliau, antara keutamaan utama ialah memperkasa pekebun kecil, menerusi penggunaan input berkualiti, amalan pertanian yang baik serta sokongan berterusan
00:32terhadap program penanaman semula.
00:34Langkah itu disifatkan penting bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan pekebun kecil.
00:40Noraini berkata, penggunaan teknologi kini sedang mengubah langskap sektor pertanian dan perkembangan itu turut memberi impak besar kepada sektor agri
00:48-komoditi negara.
00:49Beliau perpandangan industri sawit, getah, kayu kayan, koko, lada dan kenaf perlu terus memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos
01:00operasi serta menghasilkan produk bernilai tambah yang lebih tinggi.
01:04Menurut beliau, Kementerian turut memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan mekanisasi, otomasi dan pendigitalan sektor agri-komoditi.
01:11Ini termasuk teknologi pintar dan kecerdasan buatan atau AI bagi meningkatkan kecekapan operasi selain mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja manual.
01:21Dalam masa sama, KPK mahu industri hiliran terus diperkukuh menerusi penyelidikan, pengkomersialan, inovasi dan pembangunan produk baharu berasaskan teknologi tinggi.
01:32Beliau berkata pendekatan itu dapat mewujudkan lebih banyak nilai tambah daripada komoditi utama negara dan memastikan manfaat ekonomi kekal dalam
01:40negara.
01:41Noraini turut menegaskan aspek kemampanan, keboleh kesanan dan pematuhan kepada pihwayan antarabangsa perlu terus diberi perhatian.
01:50Katanya langkah itu penting untuk memastikan produk agri-komoditi Malaysia terus diterima dan kekal berdaya saing di pasaran global.
01:57Selain itu, pembangunan bakat tempatan turut disenaraikan sebagai antara fokus utama Kementerian.
02:02Menurut beliau, usaha itu akan dilaksanakan melalui pengukuhan pendidikan dan latihan teknikal dan vocational atau TVET, latihan kemahiran serta peningkatan
02:12penyertaan golongan belia dalam sektor agri-komoditi.
02:15Beliau berkata pembangunan bakat perlu selari dengan perubahan industri yang semakin dipacu teknologi, otomasi dan pekerjaan berkemahiran tinggi.
02:23Nuraini yakin sokongan kerajaan menerusi Belanjawan 2027 mampu mempercepat transformasi sektor agri-komoditi serta memastikan industri berkenaan terus menjadi antara
02:35tonggak utama ekonomi negara.
Comments