Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pengarah Eksekutif Breaking the Silence, Nadav Weiman mendakwa tentera Israel sering cuba mencari justifikasi terhadap sesuatu serangan di Gaza selepas operasi dilancarkan.

Beliau turut mengkritik siasatan dalaman tentera yang menurutnya jarang membawa kepada akauntabiliti terhadap pihak yang membuat keputusan operasi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pemimpin kumpulan veteran tentera Israel mendakwa operasi ketenteraan di Gaza sering dilaksanakan tanpa sebab yang jelas sebelum alasan dikemukakan
00:08mengenai serangan terbabit.
00:10Pengarah eksekutif Breaking the Silence Nadav Weyman berkata pihak tentera Israel didakwa cuba mencari alasan untuk mewajarkan serangan hanya selepas
00:19sasaran telah diserang.
00:22Weyman berkata dalam beberapa kes pihak berkuasa akan meneliti identiti mangsa yang terkorban bagi mencari sebarang kaitan dengan pejuang Hamas
00:30atau Jihad Islam Palestine.
00:32Beliau mendakwa proses itu digunakan untuk membina naratif bahawa serangan yang dilancarkan mempunyai sasaran ketenteraan.
00:39Weyman merujuk kepada beberapa insiden termasuk serangan di Kompleks Perubatan Nasir dan kematian petugas kecemasan di Rafah.
00:45Beliau mempertikaikan bagaimana pihak tentera mampu mengenalpasti sasaran terlebih dahulu jika siasatan mengenai identiti mangsa hanya dilakukan selepas serangan.
00:55Menurutnya Breaking the Silence turut menerima keterangan daripada anggota tentera yang terlibat dalam operasi semasa di Gaza.
01:02Dakwa beliau sesiapa yang terkorban dalam operasi tentera sering diklasifikasikan sebagai pejuang tanpa mengira status sebenar mereka.
01:09Weyman turut mengkritik proses siasatan dalaman tentera Israel yang menurutnya jarang membawa kepada tindakan terhadap pegawai yang memberikan arahan atau
01:17meluluskan operasi ketenteraan.
01:19Beliau menegaskan siasatan seharusnya menumpukan kepada dasar dan keputusan pada peringkat tertinggi.
Comments

Recommended