Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
IRGC mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas berek Kor Marin Amerika Syarikat di Camp Titin, Jordan sebagai tindak balas terhadap serangan Washington di selatan Iran.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai korban dan kerosakan belum disahkan secara bebas oleh pihak berkuasa AS atau Jordan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kor Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC sekali lagi mendakwa telah melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas sebuah kamp tentera
00:09AS di Jordan.
00:11Menurut media tempatan, serangan itu didakwa dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan Washington di selatan Iran.
00:19Sasaran serangan tersebut ialah Berek Kor Merin AS di Kemp Titin yang terletak berhampiran Teluk Akaba.
00:25IRGC dakwa serangan itu mengenai sasaran yang telah ditetapkan di pangkalan berkenaan.
00:31IRGC turut mendakwa sejumlah anggota tentera AS terbunuh dalam serangan itu.
00:36Badan ketenteraan Iran itu juga mendakwa beberapa kemudahan ketenteraan dan helikopter serangan turut dimusnahkan.
00:44Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa AS atau Jordan mengenai dakwaan tersebut.
00:55Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended