Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika memegang sebatang tiang lampu di Taman Pancaran, Bestari Jaya, pada Isnin lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika memegang sebatang tiang lampu di Taman Pancaran Bestari Jaya pada Isna
00:08lalu.
00:09Menurut Ketua Polis Daerah Ketuk Kuala Selangor, Sepretenden Azharuddin Tajuddin, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu yang menimpa mangsa
00:18berusia 15 tahun itu kira-kira jam 10.32 minit malam.
00:23Katanya bilik gerakan ibu pejabat daerah IPD Kuala Selangor menerima panggilan memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal
00:32dunia.
00:33Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang berehat ketika bermain futsal di Taman Perumahan itu sebelum memegang tiang lampu yang dipercayai mempunyai
00:40arus elektrik hingga menyebabkan dia rebah.
00:43Azharuddin berkata pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah selain kes disiasat di bawah laporan mati mengejut
00:50SDR.
00:51Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
00:58Proses bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian adalah konsisten dengan renjatan elektrik.
01:04Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi bilik gerakan ibu pejabat polis daerah
01:11Kuala Selangor menerusi talian 03-3289-1222 atau balai polis berhampiran.
Comments

Recommended