00:00Suruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia, MCMC membuka 36 kertas siasatan berkait penyebaran berita palsu di media sosial dan media
00:08digital melibatkan krisis tenaga global.
00:11MCMC dalam kenyataan pada Rabu berkata seramai 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk dirakam percakapan
00:19bagi membantu siasatan.
00:22Katanya sebanyak 6 kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya bagi penelitian dan tindakan selanjutnya.
00:30Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara
00:38sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
00:42MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan
00:49penyebaran maklumat palsu.
00:51Jelasnya tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.
00:57MCMC mengiakkan orang ramai agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform media sosial dan media digital.
01:04Ini termasuk tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonia masyarakat dan ketenderaman awam.
01:14Terima kasih telah menonton!
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments