Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyambut baik perkembangan terbaharu dalam konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, khususnya berhubung pelan 10 perkara yang dicadangkan Tehran dan diterima secara positif oleh Washington.
Transcript
00:00Pertama, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menyambut baik perkembangan terbaru dalam konflik antara Amerika Syarikat dan Iran khususnya berhubung
00:12pelan 10 perkara yang dicadangkan Tehran dan diterima secara positif oleh Washington.
00:18Beliau berkata cadangan itu memberi petanda positif ke arah pemulihan keamanan dan kestabilan bukan sahaja di rantau Asia Barat malah
00:25di seluruh dunia.
00:28Anwar menyatakan proses rundingan perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan serta tekad untuk mencapai penyelesaian berkekalan terhadap isu yang sedang melanda
00:37rantau berkenaan.
00:38Tegasnya, rundingan damai tidak akan berjaya sekiranya diselubungi penipuan dan kepentingan tersembunyi.
00:45Anwar turut menegaskan bahawa pelan 10 perkara itu perlu diterjemahkan kepada penjajan damai yang menyeluruh melibatkan bukan sahaja Iran tetapi
00:53juga negara lain yang terkesan termasuk Irak, Lubnan dan Yaman.
00:58Dalam masa sama, beliau menegaskan keperluan mendesak untuk menamatkan genosid serta penindasan terhadap rakyat Palestine khususnya di Gaza.
01:05Perdana Menteri turut merakamkan perhagaan kepada Pakistan dan Perdana Menterinya Sheikh Basharif atas usaha diplomasi yang disifatkan berani dan tidak
01:13mengenal penat dalam membantu menjayakan perkembangan tersebut.
01:17Menurut beliau, kesedihan Pakistan untuk berunding dengan semua pihak tanpa memihak mencerminkan semangat solidariti umat Islam dan tanggungjawab antarabangsa yang
01:25sangat tinggi.
01:26Malaysia katanya bersedia untuk menyokong dan melengkapkan segala usaha ke arah mencapai keamanan tersebut.
01:33Dalam pada itu, beliau turut menyeru komuniti antarabangsa memastikan akses bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan kepada semua penduduk awam yang
01:41terkesan akibat konflik berkenaan.
01:43Beliau berkata perkembangan ini perlu menjadi titik perubahan ke arah keamanan berkekalan.
Comments

Recommended