Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan penangguhan serangan terhadap Iran selama dua minggu sebagai sebahagian usaha meredakan ketegangan dan membuka ruang kepada rundingan diplomatik, termasuk cadangan gencatan senjata melibatkan pihak ketiga.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan persetujuan untuk menggantung serangan dan pengeboman ke atas Iran selama dua minggu sebagai sebahagian
00:08langkah ke arah genjatan senjata dua hala.
00:10Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Pakistan Syabas Sharif dan
00:20Panglima Tentera Pakistan Aseem Munir yang meminta supaya tindakan ketenteraan ditangguhkan.
00:25Dan juga menurut Trump, penangguhan itu tertakluk kepada syarat Iran membuka sepenuhnya serta-merta dan selamat laluan strategik Selat Hormuz
00:33yang merupakan nadi utama penghantaran minyak global.
00:36Beliau turut mendakwa Amerika Syarikat telah mencapai dan melepasi objektif ketenteraan dalam konflik berkenaan setelah memaklumkan rundingan damai jangka panjang
00:44dengan Iran kini berada pada peringkat akhir.
00:46Trump berkata Washington telah menerima cadangan 10 perkara daripada Iran yang disifatkan sebagai asas boleh dilaksanakan untuk rundingan dengan kebanyakan
00:55isu utama sebelum ini telah dipersetujui ke dua-dua pihak.
Comments

Recommended