Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Peningkatan penggunaan rokok dan vape dalam kalangan pelajar menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan, khususnya kesihatan mulut.
Dalam AWANI Pagi, kami membincangkan kesan tabiat ini serta langkah pencegahan bersama Timbalan Pengarah Cawangan Promosi Kesihatan Pergigian, Dr Muhammad Zulkefli Ramlay, bagi memupuk kesedaran ke arah generasi pelajar yang lebih sihat dan bebas nikotin.
Transcript
00:06Selamat pagi, anda bersama saya Nas Rashid dalam awal ini pagi.
00:10Baik, Malaysia kini berdepan dengan satu cabaran kesihatan yang semakin membimbangkan khususnya dalam kalangan pelajar,
00:17iaitu peningkatan penggunaan rokok dan juga vape pada usia muda.
00:21Dan apa yang lebih membimbangkan, ramai dalam kalangan pelajar masih menganggap penggunaan rokok itu
00:26sebagai sesuatu yang tidak memudaratkan sedangkan ia boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan mulut
00:34seperti bau mulut, kerusakan gusi dan juga masalah gigi.
00:37Dan bukan itu sahaja, pendedahan awal kepada nikotin turut boleh menjejaskan kesihatan secara menyeluruh
00:44termasuk parparu, jantung dan juga perkembangan diri pelajar itu sendiri.
00:50Jadi bagaimana kita boleh memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar untuk menjauhi rokok
00:55ataupun juga vape serta mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik.
00:59Untuk kita faham dengan lebih lanjut, bersama saya di studio ketika ini
01:03ialah timbalan pengarah cawangan promosi kesihatan pergigian, Dr. Mohd Zulkifri Ramli.
01:09Assalamualaikum Dr. Selamat datang, kawan ini.
01:11Baik, Dr. kita nak teruskanlah kepada perbincangan kita.
01:15Kalau kita bercakap mengenai topik kita hari ini, umum tahulah mengenai bahaya rokok
01:21dan juga vape itu kepada kesihatan tubuh badan.
01:25Jadi macam mana, apa yang boleh Dr. nyatakan mengenai faktor-faktor
01:30yang mendorong pelajar-pelajar ini untuk mengambil rokok dan juga vape?
01:35Mungkin Dr. boleh jelaskan.
01:37Baik, Assalamualaikum dan terima kasih Nas.
01:41Pengkhidmatan saya dalam terbakau dan percangan terbakau
01:43melalui perkhidmatan pengigian ini, sudah aktif sejak 10 tahun yang lalulah.
01:47Saya dapat melihat tren yang saudara Nas sebutkan tadi,
01:53lebih kurang 10 tahun yang lalu, trennya lebih banyak kepada rokok konvensional.
01:58Tetapi semenjak-menjak ini, tren itu telah beralih kepada penggunaan rokok elektronik
02:05ataupun kita sebut vaping.
02:07Dan ia lebih ketara, khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah dan pelajar dan remaja.
02:15Dan kumpulan ini adalah kumpulan yang kita namakan berisiko
02:23dan dia adalah berpotensi untuk menjadi perokok pada masa depan.
02:29Dan selain daripada fokus oleh pihak industri kepada mereka,
02:35faktor utama yang menyebabkan berlakunya gejala ini dan peningkatan ini adalah
02:42salah satu ini disumbangkan oleh faktor individu itu sendiri
02:46dan juga faktor daripada persekitaran.
02:49Kalau diri sendiri itu seperti dia berasa rendah nilai diri atau jati diri dia
02:54yang mudah dipengaruh oleh rakan-rakan dan faktor persekitaran ini
02:59oleh sepat dan juga sukar bagi dia menolak untuk mengambil vap itu.
03:06Dan faktor persekitaran adalah seperti pengaruh daripada keluarga
03:10khususnya jika di rumah itu ada adik keluarga yang menghukum
03:15ini adalah faktor yang besar.
03:17dan juga faktor daripada rakan-rakan.
03:19Dan selain itu faktor lain adalah seperti vap ini atau keperokok ini
03:24mudah diakses.
03:26Diakses oleh, mudah dicapai, dibeli secara alam mayang dan sebagainya.
03:32Jadi ini adalah trend berakuda peningkatan
03:34daripada merokok konvensional kepada merokok secara vaping.
03:38Dan daripada program kesihatan pergijian sendiri,
03:42kita ada program kotak itu, program kesihatan orang tanpa amalan merokok.
03:46melalui program ini, kita dapati bahawa kalau dulu kebanyakannya merokok.
03:52Jadi sekarang ini mereka dah beralih kepada vap dan adanya trend dua smoker.
03:56Dua smoker ini diambil dua-dua.
03:58Jadi ini adalah satu isu yang membimbangkan.
04:01Pada kami, pergokok ini dalam karangan murid sekolah,
04:07kalau kita tak berteras daripada awal, melalui intervensi tingkah laku dan sebagainya,
04:14amalan itu akan berterusan sangat dewasa.
04:17Kerana murid sekolah, dia berasa, dia boleh berhenti merokok.
04:21sebab dia peringkat awal.
04:23Saya rasa saya boleh berhenti merokok.
04:25Tetapi apabila berterusan, ketagihan itu datang dan dia tidak dapat berhenti.
04:31Macam tadi doktor ada cakap mengenai dua smoker itu sendiri.
04:36Jadi itu pun melibatkan salah satu daripada ketagihan yang saya rasa dah melepasi paras yang kita sebenarnya patut takut.
04:45sebab rokok dia ambil, vape pun dia ambil kan.
04:49Jadi saya nak tahu juga bagaimana ketagihan rokok dan juga vape ini boleh terjadi
04:53sampai mendorong untuk mereka menjadi dua smoker itu sendiri.
04:58Okey.
05:02Amalan merokok ini, dia bermula daripada tiruan ataupun tingkah laku.
05:09Mengikut-ikut ataupun tingkah laku yang kita ingin mencuba.
05:14apabila perbuatan mencuba itu, dia di peringkat awal.
05:18Dia tak rasa bahawa dia akan berlada pada ketagihan.
05:23Tetapi, percubaan pertama, nikotin itu akan masuk.
05:27Sama ada rokok biasa atau vape, nikotin itu akan masuk ke dalam salur darah.
05:33Dan dia akan berapa saat saja akan sampai ke otak.
05:36Di otak ini, dia akan ada reseptor yang berikan resepto nikotin.
05:41reseptor ini akan mengeluarkan dopamine pada paras yang banyak.
05:46Apabila dopamine ini tinggi, ini menyebabkan dia rasa release.
05:50Dia rasa gembira.
05:51Dia rasa, okey, stres hilang.
05:56Stres hilang dan sebagainya.
05:58Ini adalah dopamine itu dikeluarkan akibat stimulasi.
06:03Derangsangan daripada nikotin yang diambil perokok itu.
06:05Apabila dopamine ini rendah, sebab dia tak ambil rokok lagi,
06:10maka dia akan resah, gelisah, mudah nak marah.
06:13Dan dia akan berasa keinginan untuk mengambil nikotin itu.
06:17Ini bermakna permulaannya mengikut-ikut rakan ataupun mencuba
06:22lama kelamaan, dia berakhir kepada tindak balas kimia yang rangsangan kepada otak itu
06:27menyebabkan dia tidak rasa lain apabila dia tidak mendapat rokok ataupun
06:34jadi ini menyebabkan dia mengambil ketagihan itu.
06:37Dia dah paras, dia merasakan ketagihan lah.
06:40Maksudnya dia ni.
06:42Jadi, kalau berterusan, pada permulaannya,
06:45dia akan berasa, dia rasa dia boleh kawal.
06:49Tetapi, by time, dia akan berlaku gejara toleransi.
06:55Toleransi maksudnya, setiap kali nikotin itu rendah
06:59atau dia mendapat nikotin rokok itu, dia akan rasa best.
07:03Tapi, bila nikotin itu rendah, dia rasa tak best.
07:06Tetapi, apabila dia kena ambil amount yang sama
07:10ataupun satu batang rokok ataupun sekali atau dua kali setiap
07:13dia tidak akan dapat feel yang sama.
07:15Jadi, apa yang berlaku, dia akan tambah rokok,
07:20kuantiti ataupun frekuensi.
07:22Jadi, dia akan ambil vaping lebih banyak.
07:24dia akan sedut lebih banyak.
07:26Ataupun dia akan rokok lebih banyak batang.
07:28Inilah yang berlaku daripada satu batang.
07:30Permulaan tadi, ikut-ikut, akhirnya berakhir kepada ketagihan.
07:35Kemudian ketagihan berakhir pula kepada toleransi.
07:39Maksudnya, dia semakin lama, semakin banyak.
07:41Istilah adalah dalam rokok itu, dalam vap itu,
07:44dia bukan hanya ada nikotin itu saja.
07:47Dia ada kemikal yang lainlah yang membahaya kepada kesihatan.
07:53dan ini banyak terbukti dalam banyak kajianlah.
07:57Benda, perkara-perkara yang patogen dan juga berisiko menyebabkan banyak penyakitlah.
08:03Termasuklah kanser.
08:04So, kita tahulah lung kanser dan sebagainya.
08:06Yang seperti penggunaan vaping.
08:10Isu sekarang ini seperti kesan daripada evalui.
08:15Daripada vaping itu menyebabkan evalui lah.
08:17Ataupun elektronik and vaping associated with lung injury.
08:21Seperti dia mudah batuk, penafasan yang pendek.
08:25Dan kadang-kadang boleh memiliki kesan kepada mental.
08:29Sebab kemikal yang ada dalam warp itu.
08:33Doktor memang bekerja rapat dalam kesihatan gigi itu sendiri.
08:39Dan kenalah dengan topik kita hari ini iaitu rokok dengan juga vap yang ada mendatangkan kesan kepada kesihatan gigi itu
08:46sendiri.
08:47Boleh tak doktor bagi kesedaran kepada saya ataupun mungkin orang di luar sana mengenai.
08:54Apa kesan yang menanti untuk perokok-perokok terhadap kesihatan gigi yang kerap doktor jumpalah di klinik-klinik pergigian sebagai contoh?
09:07Mungkin boleh terangkan.
09:10Pergigian ini dia retortical area di mulut.
09:14Doktor gigi pun bertugas di mulut.
09:16Dan orang perokok ini sama dia merokok vap semuanya di mulut.
09:21Jadi dia berpotensi, profession ini boleh berpotensi sebagai satu medium bagi intervensi pencegahan rokok khususnya kepada pesakit, orang ramai dan
09:37juga kepada mulut sekolah.
09:38Balik kepada soalan Nas tadi, di mulut ini, pendedahan berterusan kepada asap rokok boleh menyebabkan berlakunya orang individu itu berisiko
09:54tinggi untuk mendapat kanser mulut.
09:56Dan kanser mulut ini memang kita jarang dengar.
10:01Tetapi dia punya risk factor dia, dia punya jangka hayat orang yang mendapat kanser mulut ini, survival rate dia lebih
10:12kurang 50% dalam masa 5 tahun.
10:15Maksudnya, kalau 10 orang yang mendapat kanser mulut di-diagnose, dalam masa 5 tahun 5 orang akan meninggal dunia.
10:21Yang itu berasaskan risikolah.
10:23Dan perokok adalah salah satu faktor utama.
10:27Dan perokok juga akan menyebabkan healing ataupun penyembuhan tisu-tisu mulut itu menjadi lambat.
10:36Kerana di mulut kita ini, dia akan ada pelak gigi dan dia akan berlaku secasa boleh berpotensi mendapat penyakit gusi
10:46yang meningitis dan sebagainya.
10:47Dan meningitis ini atau periodontal disease, dia ada proses healing.
10:54Dan kalau kita buat rawatannya dan kita redahkan pula dengan rokok, dia akan melambatkan penyembuhan.
10:58Kalau orang melakukan rawatan invasif seperti cabutan gigi atau implan dan sebagainya, memang tidak rekomen untuk merokok.
11:06Sebab dia akan menyebabkan proses penyembuhan menjadi lewat.
11:11Itu antara kesan-kesan yang menantilah yang buat merokok.
11:15Selain daripada kesan di mulut berbau dan sebagainya, dalam merokok itu di mulut.
11:22Jadi, kita bawa mulut kita ke mana-mana kita pergi dan dia imej kita.
11:27Jadi, kepentingan kesetan mulut itu punlah kita jaga.
11:31Kita dah cakap mengenai apa kesan daripada merokok ataupun VIP ini.
11:39Lepas daripada ini, kita nak tanya juga mengenai langkah-langkah intervensi yang KKM dah lakukan ataupun rancang untuk lakukan.
11:46Tapi kita perlu berehat seketika kembali selepas itu.
12:03Baik, bertemu lagi dalam Awan Pagi bersama saya Nas Rashid.
12:07Bersama juga tetamu saya hari ini iaitu Timbalan Pengarah Cawangan Promosi Kesihatan Pergigian Dr. Muhammad Zulkifli Ramli.
12:15Kami membincangkan mengenai kesan penggunaan rokok dan juga VIP terhadap kesihatan gigi itu sendiri.
12:23Kalau tadi kita dah berbincang mengenai apa itu, apa kesan yang menanti kepada perokok ataupun bagaimana ketagihan rokok dan VIP
12:33ini boleh terjadi.
12:33Dan kini saya nak bergerak, nak tanyakan kepada tetamu kita ini mengenai apa inisiatif yang mungkin telah dilaksanakan oleh KKM
12:42dalam pencegahan, merokok, melibatkan peringkat umur.
12:45Sebab topik kita hari ini pun menyentuh mengenai pelajar sekolah itu sendiri.
12:49Jadi bagaimana, apakah inisiatif khusus daripada pihak Dr. Zul sendiri untuk pelajar-pelajar sekolah ini untuk langkah intervensi.
12:57Sebab kalau kita tengok langkah intervensi, awal ini sebenarnya dah ada. Kalau orang di luar sana beli rokok, dah ada
13:04dah gambar mengenai apa kesan-kesan yang menanti mereka kan.
13:08Jadi mungkin ada inisiatif khusus daripada pihak Dr. Zul sendiri untuk pelajar-pelajar sekolah ini.
13:14Okey. Terima kasih Nas.
13:17Kementerian Kesihatan Malaysia memang senjata komited lah ke arah usaha bagi mencegah amalan merokok dalam rakyat, dalam keadaan masyarakat.
13:26mengikut peringkat umur lah. Dan juga kita adalah telahpun menentangani perjanjian FCTC tu.
13:36Global Framework mengaitu berikut kontrol.
13:39Dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah banyak melaksanakan pelbagai inisiatif lah.
13:45Kalau orang dewasa dengan klinik berhenti merokok.
13:47Dan jika sekarang ni pun dah ada keadaan secara alam maya iaitu melalui program Jong Quit.
13:54Baru-baru ni pelancaran AI CERA.
13:58So orang ramai boleh service itulah.
14:01Dalam plan strategi kawalan tambakau.
14:04Kita ada plan strategi kawalan tambakau dan produk merokok lah.
14:07Selain daripada menyedarkan masyarakat.
14:11Kawasan larangan merokok dan sebagainya.
14:14Antara strategi ni adalah memperbagaikan perkhidmatan berhenti merokok.
14:19Di pelbagai platform.
14:22Antara platform ni adalah melalui pendidik sekolah lah.
14:26Kerana sekolah ni seperti yang saya katakan tadi.
14:29Kalau kita nak tengok perukok pada tahun 2040.
14:32Mereka boleh di sekolah.
14:33Kalau kita nak orang dewasa pada masa akan datang.
14:35Mereka lah di sekolah pada hari ni.
14:37So mereka ni yang kita perlu cegah.
14:39Menjauhi amalan merokok ni lah.
14:42Dari awal lah.
14:45Untuk murid sekolah ni.
14:47KKM memfokuskan kepada perkhidmatan program kesehatan oral tanpa amalan merokok.
14:55Atau kita sebut program kotak lah.
14:57Program kotak ni adalah program saringan dan intervensi merokok kepada murid sekolah.
15:05Melalui perkhidmatan pergigian sekolah.
15:08Yang diberikan oleh perkhidmatan pergigian Kementerian Kesehatan Malaysia.
15:12So perkhidmatan pergigian sekolah ni.
15:14Saya percaya ramai kalau kita pernah menjadi pesakit.
15:18Ketika kita berdiri sekolah dulu.
15:19Tim pergigian datang.
15:21Cek gigi kita.
15:22This is salah satu perkhidmatan yang telah wujud sebelum mereka lagi.
15:27Jadi melalui puasa pengembangan dan sebagainya lah.
15:29So melalui perkhidmatan pergigian sekolah ni.
15:34Perkhidmatan pergigian KKM akan melakukan pemeriksaan pergigian kepada semua murid.
15:39Daripada tahun satu, daripada tarikah sebenarnya.
15:42Kalau jadi pra.
15:43Tapi untuk sekolah rendah daripada tahun satu sehingga ke tingkatan lima.
15:48Setiap tahun.
15:50Bermakna kalau dia berada di tahun satu.
15:53Tahun ni kita cek.
15:54Tahun 2027 nanti kita akan cek lagi.
15:57Setiap tahun.
15:59Satu perkhidmatan yang meluas lah.
16:01So dalam perkhidmatan ni kita masukkan elemen pencegahan rokok.
16:07Iaitu itu yang namakan program kotak tu.
16:10So waktu doktor gigi ataupun juruterapi pergigian melakukan pemeriksaan kepada murid sekolah.
16:18Selepas pemeriksaan gigi dia, kita akan tanya status merokok dia.
16:23Adakah adik merokok?
16:24Adakah kamu ni merokok?
16:25Pernah merokok dalam tempoh enam bulan?
16:28Kalau dikata ya, maka dia kita kategorikan sebagai perokok lah.
16:33Kadang-kadang kita juga boleh memeriksa tanda-tanda dalam mulut.
16:37Takut-takut dia tak ngaku.
16:39Tak ngaku.
16:40Tanda dalam mulut ataupun ada bau rokok dan sebagainya.
16:43So murid yang kita kenal pasti ni, kita akan kategorikan sebagai perokok semasa lah.
16:50Perokok semasa pada tahun-tahun tersebut dia.
16:52Dan seterusnya kita akan gerakkan dia kepada program intervensi lah.
16:57Dan program kotak ni sebenarnya kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan bersama dengan Kementerian Pendidikan dan juga bahagian kawalan penyakit lah.
17:09untuk kita menurunkan prevalence merokok dalam keadaan rakyat Malaysia menjelang tahun 2040.
17:17So we need to tackle.
17:19Dia banyak strategi.
17:20Strategi dikaitkan dikaitkan merokok kepada perokok dewasa.
17:24Strategi kepada murid sekolah melalui program kotak lah.
17:27Melalui pencegahan dan sebagainya.
17:29Kepada murid-murid yang general, sewaktu pergigian juga kita ada memberi ceramah pergigian.
17:35Selain daripada kita bagi rawatan, permesaan, ceramah.
17:38kita juga dalam ceramah pergigian tu kepada semua murid.
17:42Sama ada secara berkumpulan besar ataupun berkumpulan kecil.
17:45Kita juga masukkan elemen percangan merokok.
17:48Selain daripada cara jaga gigi, cara murus gigi dan sebagainya.
17:51So ini bermakna maklumat kesihatan tu disampaikan setiap tahun kepada murid sekolah.
17:56Dan murid sekolah juga disentuh hati mereka.
18:00Melalui pemeriksaan pergigian.
18:02Ditanya di status mereka itu merokok ke tidak.
18:05Dan mereka yang tak merokok, kita bagi dia motivasi untuk terus kekalkan yang tidak merokok itu.
18:12So sejak tahun lepas sahaja, kita pengenalpasi hampir saringan merokok ini,
18:18kita menyaring hampir 4.8 juta murid sekolah di sekolah kerajaan.
18:22Di seluruh negara. Kita ada perkhidmatan pergigian setiap daerah kita ada, kita pergi.
18:27Dan dalam 4.8 juta itu, kita mendapati lebih kurang 37 ribu adalah perokok.
18:37So kalau diikut percentage ini macam sedikit.
18:41Tapi sebenarnya dia adalah impak yang besar.
18:44Setiap perokok dalam kalangan murid sekolah itu, kalau kita berjaya berhentikan dia merokok,
18:49kita akan dapat mengurangkan bukan sahaja dia, tetapi juga perokok pasif.
18:55Kan ada perokok pasif kan? Perokok pasif ini dia tak merokok.
18:58Tetapi orang keliling dia itu, dia berduduk bersebelahan dengan perokok.
19:04So dia juga perokok pasif.
19:07Jadi kalau kita, dia akan menjadi perokok pasif lah.
19:09Dia menghidu asap perokok, vape daripada orang sebelah.
19:12Kadang-kadang kita pun jadi perokok pasif.
19:14Kalau kita duduk di kedai-kedai makan dan sebagainya.
19:17Itulah.
19:18Baik, tadi doktor ada bagikan nombor itu.
19:23Mungkin angka itu kalau kita dengar mungkin sikit.
19:25Tapi kalau kita himpunkan mereka 37 ribu.
19:30Kalau kita himpunkan mereka sorang demi sorang,
19:32mungkin kita akan nampak ramai lah perokok-perokok
19:35yang melibatkan pelajar sekolah ni kan.
19:38Baiklah, kita nak beralih kepada peranan.
19:41Kita nak sentuh mengenai peranan ibu bapa lah.
19:43Sebab mereka ni pelajar sekolah dan mereka balik pun
19:46mereka berjumpa dengan ibu bapa.
19:47Jadi apa peranan yang boleh dimainkan ibu bapa
19:50untuk mencegah amalan merokok anak-anak mereka ni
19:54daripada awal.
19:54Mungkin doktor boleh bagikan lah dekat ibu bapa,
19:58dekat luar sana apa.
19:59Ini soalan yang sangat penting sebenarnya.
20:01ibu bapa atau penjaga lah mempunyai peranan
20:05yang sangat signifikan dalam membentuk jati diri
20:09dan juga membentuk anak mereka lah.
20:12Dan sekiranya ibu atau bapa itu perokok
20:16dan dia telah memujudkan suasana environment
20:21rokok di rumah dia.
20:23Apa yang boleh kita cadangkan adalah untuk
20:27dia berhenti merokok lah.
20:29Dia tanya bapa-bapa lah ya.
20:31Berhenti merokok dan kita ada perkhidmatan berhenti.
20:34Kadang-kadang kita nak berhenti dan kita tak tahu
20:36cara nak berhenti.
20:37Kita ada perkhidmatan berhenti merokok yang disediakan
20:40di klinik kesihatan.
20:42Ada banyak klinik kesihatan yang
20:43KKM yang menyediakan perkhidmatan berhenti merokok itulah.
20:46Selain daripada itu kita juga ada program MQIT
20:52JomQIT website tersebut yang kita boleh layari
20:54untuk mendapatkan tips-tips dan kaedah untuk berhenti merokok.
20:58This is to assist mereka lah bagaimana cara berhenti merokok.
21:02Ini untuk ibu bapa.
21:03Selain daripada itu ibu bapa juga mempunyai peranan
21:07untuk menanam dan memupuk sikap ataupun pengetahuan
21:13kepada mereka untuk mengelakkan malam merokok ini.
21:16Kalau kita kata lebih kurang untuk membenci amalan merokok itulah.
21:20Bukan benci perokok.
21:22Benci amalan perokok itu daripada kecil.
21:24Supaya tak nak vape.
21:26Bagaimana nak say no kepada vape dan vaping.
21:29Bagaimana kalau dia duduk bersama dengan kawan-kawan yang vape.
21:32Bagaimana elakkan diri.
21:34Itulah cara-cara yang ibu bapa boleh mainkan
21:37untuk mengelakkan, untuk memupuk pencegahan
21:42dalam kalangan jenis peranak mereka
21:44dari peringkat awal.
21:46Dan selain daripada itu memantau
21:50dengan siapa anak mereka berkawan
21:52kerana kita melalui saringan kotak kita dapati
21:54faktor utama murid itu merokok adalah pengaruh daripada rakan juga.
21:59Dan dengan siapa mereka merokok dengan rakan juga.
22:02Di mana mereka merokok di luar bersama rakan juga.
22:05So, dia pergaruh rakan ini penting.
22:07Jadi, ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak mereka berkawan
22:10bukan kata tak boleh kawan.
22:12So, kena provide, menyediakan mereka batas apa yang you boleh ikut
22:17apa yang tak boleh ikut.
22:18Dulu kan, ibu bapa seri pesan ikut benda yang baik.
22:21Yang tak baik dia akan ikut.
22:22begitu.
22:24Doktor, kalau dekat farmasi itu kan, kita ada nampak jenis
22:30ubat yang jenis macam, contohnya kita boleh shungam
22:33ataupun jenis yang kita tampal pada kita punya kulit.
22:37Adakah itu membantu untuk mengurangkan ketagihan rokok itu sendiri
22:41dari pendapat perspektif doktor lah sebagai yang bekerja rapat dengan merokok?
22:47Kaedah berhenti merokok ini, dia ada dua kaedah utama.
22:52Satunya secara behavioral, seperti kaunseling merokok dan sebagainya
22:56yang kita lakukan melalui program kotak.
22:58Dan yang keduanya adalah melalui farmakob, ubat-ubatan lah.
23:01Dan kedua-duanya, kalau untuk orang dewasa, dia berjalan serentak, konkuren.
23:07You kena bagi dia motivasi, dalam masa yang sama, dia akan bagi ubat lah.
23:11Ubat dia biasanya kita guna nikotin replacement terapi.
23:14Nikotin patch letak kat situ, di kulit dan dia akan rilis sedikit nikotin.
23:20Ini adalah untuk menggantikan nikotin.
23:23So, daripada dia ambil rokok, dia akan dapat nikotin itu daripada patch yang dia bagi tu lah.
23:29Ataupun suingam tu lah.
23:30Ini adalah satu bentuk terapi.
23:33Dan kebiasaannya, perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar
23:40ataupun pihak yang menyediakan perkhidmatan berti merokok.
23:43Supaya kita boleh memantau.
23:45Ada sasaran dia.
23:48Tarikh berhenti merokoknya bila?
23:49Kena tetapkan tarikh berhenti merokok.
23:52Apa yang dia perlu lakukan pada hari berhenti merokok itu?
23:55Apakah perkara-perkara yang dijangka?
23:58Yang akan berlaku pada hari dia?
24:00Ini orang ni dah ketageh.
24:01Dia dah biasa ambil rokok.
24:03Dan pada hari tu, dia kena stop rokok.
24:04So, apa dia punya...
24:06Dia kena jangka.
24:07You akan gelisah.
24:09You akan susah.
24:10You akan rasa ni.
24:10Tapi tempoh tersebut dalam masa dua minggu lah.
24:14Begitulah.
24:15Dan itu sebab bagi perokok tegar disediakan terapi farmakologi
24:20berserentak sekali dengan tingkat laku.
24:25Motivasi.
24:26Walaubagaimanapun, dalam program kotak,
24:28kita akan lebih fokus kepada tingkat laku.
24:30Sebab mereka ni murid-murid sekolah.
24:32Dan dia di bawah umur lah.
24:34Saya nak tambah sikit yang peran ibu bapa tadi.
24:36Sekiranya ibu bapa mendapati anak mereka murkok.
24:41Janganlah kita biarkan saja.
24:43Janganlah kita marah bergeria.
24:45Kita cari jalan untuk membantu.
24:48Membantu bagaimana caranya kita dapat bantu anaknya itu berhenti murkok.
24:52Anak kita itu berhenti murkok lah.
24:53Kita ada banyak platform yang saya nyatakan tadi lah.
24:56Jom Kuitlah dan juga klinik berhenti murkok.
24:58So, ibu bapa boleh bawa anak ke klinik berhenti murkok.
25:00Tapi untuk sekolah kita tak pergi ke klinik berhenti murkok tu.
25:05Dia melalui penghematan pergigian melalui program kotak lah.
25:09So, per kotak kita lebih fokus kepada terapi tingkat laku.
25:12Dan dari segi pengubah ubatan tu adalah dengan persetujuan ibu bapa
25:16di klinik berhenti murkok.
25:18Jadi, rujuk lah.
25:19Baik, doktor. Kita berbaki lagi seminit dua untuk awal pagi hari ni.
25:23Mungkin doktor ada sedikit pesanan lah
25:26untuk berikan kepada pelajar-pelajar sekolah
25:29yang mungkin tengah menonton siaran awal pagi kita hari ni.
25:33Mungkin doktor boleh beri pesanan khas untuk mereka
25:36untuk mungkin hentikan ataupun mengurangkan amalan merokok mereka.
25:41Ya.
25:43Saya kepada pelajar-pelajar,
25:46anda adalah generasi akan datang.
25:48Yang akan memimpin negara kita mungkin dalam 40 tahun lagi, 50 tahun lagi.
25:53Itu adalah kebiasaan lah perubahan generasi.
25:56Jadi, tuan-tuan dan puan-puan,
25:59kepada yang belum merokok,
26:01tuan-tuan dan puan-puan perlu
26:04teruskan mengekalkan status tidak merokok tu.
26:08Supaya
26:10faedah-faedah tidak merokok tu
26:11akan terbuka panjangan lah.
26:14Dan kita dapat menurunkan
26:16prevalence merokok dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
26:19dan kepada yang sedang merokok.
26:22Pada yang sedang merokok tu,
26:24dia banyak faedah perhenti merokok ni.
26:26Dari segi,
26:27pertamanya,
26:28kita akan kurang risiko untuk
26:31menjadi ketagih.
26:33Ketagih kepada ketagih rokok dan
26:35juga ketagih kepada dadah penerbangan yang akan datang.
26:37Kerana orang yang ketagih dadah ni,
26:39kebanyakan ni mulai daripada ketagih rokok.
26:40Dan juga keyakinan diri,
26:43prestasi sekolah,
26:44prestasi pelajar akan meningkat.
26:45Kita akan nampak lebih tampan,
26:47lebih sihat dan sebagainya lah.
26:48dan aspek-aspek kesihatan tersebut.
26:51Termasuklah selepas satu hari kita berhenti
26:53merokok,
26:54kita akan dapat jelas
26:55kita punya kupayaan kita menyedut oksigen itu lebih tinggi
26:59berbanding dengan
27:01sebelum ketika kita merokok.
27:03Dan kepada yang pernah merokok
27:05dan telah berjaya berhenti merokok.
27:08Orang ni berisiko untuk
27:11pelajar berisiko untuk mencuba lagi
27:13sebab dia dah pernah rasa merokok tu.
27:15Tapi dia telah berjaya berhenti.
27:16So, pelajar-pelajar ni
27:18dia nasiharkan untuk
27:19teruskan kekal motivasi
27:22berhenti merokok.
27:23Jangan sekali-kali mencuba lagi.
27:25Kerana,
27:26kalau anda mencuba lagi,
27:28tindak balas cubaan tadi tu
27:29akan bermula baliklah
27:30kitaran untuk
27:32ketagihan itu
27:34terjadi semula.
27:35So, itulah pesanan saya kepada
27:38murid-murid sekolah.
27:39Jadi, sila faham
27:41dan amati apa yang
27:43dikatakan oleh Dr. Zul sebentar tadi.
27:46Baik, itu sahaja masa yang kita ada
27:48untuk awan pagi hari ini.
27:50Kita nak ucapkan terima kasih
27:51kepada Dr. Zul
27:52kerana sudi
27:53hadir ke awan pagi hari ini.
27:55Itu sahaja masa yang kita ada.
27:58Sekian, saya Nasrashid.
27:59Kita jumpa lagi.
28:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended