00:00Operasi pembenihan awan OPA yang dilaksanakan sejak semalam
00:04mula menunjukkan hasil apabila paras air empangan di Perlis dan Kedah
00:10mencatat peningkatan walaupun masih kecil.
00:13Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata
00:17berdasarkan cerapan radar cuaca semalam
00:20hujan bermula 3.30 petang di Empangan Muda Kedah
00:23sebelum menjadi lebih meluas dan berterusan meliputi
00:27semua kawasan sasaran di Kedah dan Perlis
00:30antara 6 petang hingga 8 malam.
00:33Beliau yang juga pengurusi jawatan kuasa pengurusan bencana pusat berkata
00:38keadaan itu membawa taburan hujan sekitar 29.8mm
00:43hingga 34.7mm di Perlis
00:47dan antara 9.3mm hingga 30.9mm di Kedah
00:52dalam tempoh 7 malam hingga 8 malam.
00:55Katanya laporan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Mada'a
00:58turut merekatkan taburan hujan di beberapa lokasi utama
01:01iaitu 13.5mm di Stesen Pedu
01:04antara 6.0mm hingga 49mm di Stesen Muda
01:09serta 2.0mm hingga 4.0mm di Ahning di Kedah.
01:14Manakala pada selasa operasi hari kedua memberi tumpuan kepada kawasan empangan pedu di Kedah
01:19dan timah tasuh di Perlis yang mengalami kepanasan luar biasa
01:23bagi meningkatkan takungan air untuk kegunaan domestik, industri dan pertanian.
01:28Beliau berkata dengan jangkaan cuaca panas ekstrim berterusan sehingga akhir bulan ini
01:34operasi itu akan diteruskan sehingga 10 April
01:37dengan pemantauan pergerakan angin dan awan bagi memastikan hujan berhampiran kawasan sasaran.
01:43Ahmad Zahid berkata untuk operasi kali ini
01:46Pasukan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia
01:49menggunakan 200kg garam natrium klorida
01:53yang dilarutkan dalam 1,500 liter air bagi satu tangki.
01:57Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita
01:59selepas meninjau penyelarasan OPA
02:02oleh Agensi Pengurusan Mencana Negara Natmah
02:05ke Kedah dan Perlis di Pangkalan Udara Subang pada selasa.
Comments