Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Harga minyak dunia merosot lebih 15 peratus susulan keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menangguhkan serangan terhadap Iran selama dua minggu, dengan syarat Tehran membuka semula laluan Selat Hormuz. Langkah itu meredakan kebimbangan gangguan bekalan global selepas konflik berpanjangan di rantau Timur Tengah.
Transcript
00:00Pasaran kewangan global melonjak semula apabila pengumuman gejatan senjata dua minggu antara AS dan Iran mencetuskan relief rally sekaligus meredakan
00:10kebimbangan terhadap gangguan bekalan tenaga dunia.
00:13Perkembangan itu menyaksikan harga minyak menjunam manakala pasaran saham global melonjak didorong harapan aliran minyak dan gas melalui selat hormus
00:22dapat dipulihkan.
00:26Tindak balas pasaran berlaku pantas apabila niaga hadapan minyak mentah AS susut sekitar 16% kepada 94.59 dolar AS
00:35setong manakala minyak mentah brand turut merosot 15% kepada 92.35 dolar AS setong.
00:42Pada masa sama, niaga hadapan S&P 500 melonjak lebih 2% sementara indeks saham Eropah meningkat lebih 4%.
00:51Dolar AS pula melemah secara keseluruhan selepas sebelum ini menjadi aset selamat utama ketika ketidaktentuan geopolitik.
01:00Di Asia, indeks Nikkei 225 meningkat kira-kira 5% manakala Kospi melonjak 6% sehingga mencetuskan perberhentian sementara dagangan.
01:10Walaupun pasaran menunjukkan reaksi positif, penganalisis menjangkakan pelabur masih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan berskala besar.
01:19Ketua Strategi Pasaran Kewangan Westpac, Martin Witten berkata, situasi itu belum cukup untuk menggalakkan pengambilan risiko baharu.
01:28Dalam tempoh enam minggu konflik, harga minyak melonjak tinggi, mencetuskan kebimbangan inflasi global serta menggugat unjuran kadal faedah
01:37sekaligus memaksa kerajaan dan syarikat mengambil langkah pelindungan terhadap kejutan tenaga.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended