00:00China dan Rusia menggunakan kuasa veto mereka dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB terhadap satu resolusi yang menggesa
00:09negara-negara menyaraskan usaha melindungi perkebalan komersial di Selat Hormuz dengan alasan teks itu berat sebelah terhadap Iran.
00:17Dari 15 anggota Majlis, 11 menyokong resolusi yang dibentangkan oleh Bahrain, manakala dua menentang China dan Rusia serta dua lagi
00:25berkecuali.
00:28Menteri Luar Bahrain, Abdul Latif bin Rashid Al-Zayani berkata draft resolusi itu gagal diluluskan berikutan undian negatif oleh anggota
00:36tetap Majlis.
00:37Duta Amerika Syarikat ke PBB, Mike Waltz, mengutuk veto berkenaan sebagai satu titik terendah baru sambil menuduh tindakan itu membenarkan
00:45Iran terus menyekat laluan penting yang turut menjejaskan penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan krisis seperti Gaza, Kongo dan Sudan.
00:53Beliau menyeru negara-negara bertanggungjawab untuk bersama Amerika Syarikat memastikan keselamatan Selat Hormuz serta menjamin kelancaran pendagangan global dan penghantaran
01:02bantuan.
01:02Namun China dan Rusia menegaskan draft berkenaan tidak seimbang.
01:06Wakil China ke PBB, Fu Chong, berkata kelulusan resolusi ketika Amerika Syarikat mengancam kelangsungan sesebuah tamadun akan menghantar mesej yang
01:14salah kepada dunia.
01:15Sementara itu, Duta Rusia ke PBB, Vasily Nabensia, memaklumkan bahawa Moskow dan Beijing sedang mencadangkan resolusi alternatif berkaitan keselamatan maritim
01:24dan situasi di Asia Barat.
01:26Duta Iran ke PBB, Amir Said Iravani, memuji tindakan kedua-dua negara itu sambil menyatakan ia menghalang majlis keselamatan daripada
01:35diperalat untuk menghalalkan pencerobohan.
01:37Menurut beliau, utusan khas setiausaha agung PBB kini dalam perjalanan ke Teheran bagi mengadakan rundingan lanjut.
Comments