00:00Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang menteri daripada rejim Zionis Israel yang memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis
00:08Timur pada Selasa.
00:10Menurut kenyataan dari Yusma Putra pada Rabu, tindakan provokatif itu dilakukan ketika masjid berkenaan ditutup kepada umat Islam sekaligus disifatkan
00:18sebagai pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa,
00:21resolusi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB serta mencemari kesucian antara tapak paling suci dalam Islam.
00:30Malaysia menegaskan, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengancam keamanan dan kestabilan serantau, malah menjejaskan hak kebebasan beragama umat Islam
00:40di seluruh dunia.
00:41Malaysia turut menekankan bahawa pelindungan dan penghormatan terhadap Masjid Al-Aqsa serta tapak suci lain di Baitul Maqdis adalah tanggungjawab
00:50yang tidak boleh dirunding di bawah undang-undang antarabangsa.
00:52Sehubungan itu, Malaysia menyeru komuniti antarabangsa agar mengutuk tindakan Israel secara tegas selain menuntut agar semua bentuk provokasi dan tindakan
01:03agresif dihentikan serta merta.
01:05Malaysia juga menggesa langkah konkret diambil bagi memastikan tapak suci di Baitul Maqdis kekal selamat, dilindungi dan boleh diakses oleh
01:13semua jemaah tanpa sekatan.
01:15Dalam masa sama, Malaysia menegaskan solidariti berterusan bersama rakyat Palestine selain komitmen untuk mempertahankan warisan agama, budaya dan kebangsaan mereka.
01:25Malaysia turut menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap penubuhan negara Palestine yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan Peras 1967 dengan
01:35Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara.
Comments