00:00Malaysia menggesa rakyatnya mengekalkan tahap kewaspadaan dan menangguhkan jalanan tidak penting ke kawasan yang dilanda konflik di Asia Barat ketika
00:08Kementerian Luar memantau rapi situasi keselamatan yang semakin meroncing di rantau itu.
00:13Ia turut menggesa rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air digesa untuk mendapatkan tiket penerbangan komersial dengan kadar
00:20segera sementara pilihan masih tersedia memandangkan penutupan ruang udara yang tidak dapat diramalkan.
00:27Kementerian itu menyatakan fokusnya kekal terhadap keselamatan, perlindungan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap atau dalam perjalanan melalui kawasan terjejas.
00:37Pada masa ini Kementerian Luar mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia berdaftar yang dihubungi kekal selamat dan setakat ini tiada rakyat
00:45Malaysia dilaporkan terkandas.
00:46Kementerian Luar menyatakan bahawa nasihat perjalanan yang dikeluarkan pada 5 Mac yang menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak
00:54penting ke negara yang terkesan dengan konflik kekal berlekuat kuasa sepenuhnya.
00:58Ia menyatakan bahawa perwakilan diplomatik Malaysia turut melaporkan bahawa ruang udara di beberapa negara termasuk Bahrain, Iran, Irak, Kuwait dan
01:08Yaman kekal ditutup kepada penerbangan komersial.
01:12Bagai mana pun operasi penerbangan komersial yang terhad telah disambung semula di Emirat Arab Bersatu, Jordan, Lubnan, Qatar dan Syria.
01:21Ruang udara di Arab Saudi, Oman dan Turki kekal dibuka dan beroperasi sepenuhnya tambahnya.
01:27Rakyat Malaysia yang memilih untuk kekal di rantau tersebut mesti mengekalkan tahap kewaspadaan tertinggi.
01:33Situasi keselamatan adalah sangat tidak menentu dan boleh meruncing pada bila-bila masa dengan amaran yang singkat atau tanpa sebarang
01:41amaran.
01:42Warga negara Malaysia yang memilih untuk terus berada di rantau berkenaan wajar patuhi sepenuhnya arahan keselamatan dan sekatan pergerakan yang
01:50dikeluarkan oleh kerajaan negara terubah.
01:52Kementerian itu berkata ia akan terus memantau situasi itu secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini mengikut keperluan.
Comments