Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Astro AWANI menerima tiga anugerah pada Majlis Promosi Universiti Putra Malaysia (UPM) Bersama Media 2026, termasuk Liputan TV Tertinggi dan Penghargaan Khas Program Bual Bicara menerusi AWANI Pagi. Naib Canselor UPM menegaskan peranan penting media dalam meningkatkan visibiliti universiti serta merapatkan jurang antara dunia akademik dan masyarakat.
Transcript
00:00Peranan Astro Awani dalam mengangkat wacana akademik dan pendidikan melibatkan pelbagai sektor diiktiraf pada Majlis Promosi UPM bersama Media 2026
00:09ia berlangsung di Universiti Putra Malaysia UPM pada malam selasa.
00:13Antara periktirafan yang diterima termasuk liputan berita pendidikan tertinggi serta penghargaan khas bagi program bual bicara menerusi program Awani Pagi.
00:23Awani Pagi, salah satu program utama Astro Awani, kerap mengetengahkan hasil penyelidikan akademik termasuk penyelesaian modern terhadap permasalahan semasa yang
00:34memerlukan aspek pengkomersialan.
00:36Anugerah disampaikan oleh Naik Cancellor UPM, Datuk Prof. Insinia Dr. Ahmad Farhan Mamad Sadullah yang telah menyatakan bahawa pihak universiti
00:45amat menghargai peranan besar media sebagai rakan strategik.
00:49Alhamdulillah, malam ini kita melaksanakan majlis meraihkan dan memberi penghargaan kepada media oleh Universiti Putra Malaysia dan malam ini kita
01:00menghargai pihak media kerana membantu visibility universiti dan tanpa pihak media pastinya impak yang diberi oleh Universiti Putra Malaysia tidak
01:10sama seperti mana yang telah berlaku.
01:12Tahun 2025 adalah tahun yang baik untuk visibility universiti dan setiap tahun kita akan menghargainya bersama rakan-rakan media.
01:22Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis promosi UPM bersama media 2026 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan
01:31Salahuddin Abdul Aziz Shah malam semalam.
01:34Selain itu, dalam majlis berkenaan, Astro Awani turut diberikan anugerah melibatkan tiga kategori iaitu anugerah liputan TV tertinggi, anugerah liputan
01:43berita penyelidikan tertinggi dan diberikan perhargaan khas bagi program bual bicara menerusi program Awani Pagi.
01:50Sementara itu, Ahmad Farhan turut maklumkan kejayaan UPM membangunkan beberapa pelan tindakan penting termasuk berkaitan kesihatan planet dan kelestarian serta
02:00keterjaminan makanan.
02:02Menurutnya, inisiatif tersebut jelas membuktikan keupayaan UPM dalam hasilkan rujukan berimpak tinggi yang bukan sahaja digunakan di peringkat nasional malah
02:12turut dirujuk di rantau Asia Tenggara.
02:14Sebenarnya itu, beliau menegaskan komitmen universiti untuk terus memperkukuh kerjasama dengan media dalam merapatkan jurang antara dunia akademik dan masyarakat.
Comments

Recommended