00:00Pelan Indok Perindustrian Baharu 2030 NIMP 2030 menjadi antara langkah utama kerajaan dalam memperkukuhkan keselamatan bekalan ubat dan meningkatkan daya
00:11tahan farmasyotikal negara.
00:14Presiden Persatuan Farmasi Malaysia MPS Prof. Amrahi Buang berkata NIMP 2030 menyasarkan pengukuhan pengeluaran ubat tempatan sebagai persediaan menghadapi gangguan
00:27rantaian bekalan global termasuklah kesan konflik geopolitik.
00:32Saya tertarik dengan apa yang disebut tadi tentang NIMP 2030 ini kan. Jadi ini adalah pelan Indok Perindustrian Baharu 2030
00:43yang menyasarkan transformasi sektor farmasyotikal untuk lebih berdaya tahan dan meningkatkan pengeluaran tempatan.
00:51Ini satu tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan dalam program ini juga terlibat program PPO Plus iaitu Off
01:00-Tech Plus di mana inisiatif untuk menjamin perolahan ubat daripada pengilang tempatan bagi menggalakkan pelaburan dalam fasiliti pembuatan ubat di
01:10dalam negara kita juga diambil kira.
01:15Tambah beliau, Malaysia juga memperkukuh kerjasama antarabangsa dengan pengeluar bahan farmaceutikal aktif API serta menarik syarikat farmaceutikal global untuk membina
01:25kilang pembuatan tempatan.
01:27Selain itu, Malaysia memposisikan diri untuk menerajui agenda keterjaminan dan kemandirian ubat-ubatan ASEAN ADSSR di peringkat ASEAN bagi memastikan
01:38keselamatan bekalan ubat serantau.
01:40Walaupun negara telah membina asas kukuh dalam pembuatan ubat jenerik, Prof. Amrahi menegaskan cabaran utama masih terletak pada kebergantungan terhadap
01:50import API.
01:51Situasi ini menjadi lebih kritikal, susulan konflik di Asia Barat dan gangguan rantaian bekalan global sekaligus menjadikan pembangunan keupayaan API
02:00tempatan satu keperluan mendesak.
02:03Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Selasa.
Comments