00:00Pakar Privacy Data Amerika Syarikat Colin Walk berpandangan keputusan TikTok menyelesaikan saman berkaitan ketagihan media sosial berkemungkinan bertujuan mengelakkan pendidahan maklumat tertentu jika kes itu dibicarakan.
00:13Walk yang juga rakan kongsi serta Ketua Amalan Keselamatan Cyber dan Privacy Data di firma Guaman Hall Estill berkata, walaupun penyelesaian luar mahkamah tidak membawa maksud pengakuan bersalah, lakar tersebut menunjukkan syarikat berkenaan tidak mahu maklumat tertentu dinilai secara terbuka.
00:32Menurutnya, tindakan itu menggambarkan keengganan TikTok menghadapi perbicaraan penuh yang bakal menilai merit kes secara menyeluruh.
00:39Kes tersebut melibatkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dari California, dikenali sebagai KGM yang mendakwa ketagihan media sosial sejak kecil berpunca daripada reka bentuk dan aplikasi yang didakwa memanipulasikan perhatian pengguna.
00:55Dokumen mahkamah menunjukkan remaja itu menyalahkan platform sosial berkenaan atas kemurungan serta pemikiran untuk membunuh diri dan mahu syarikat teknologi itu dipertanggungjawabkan.
01:04Saman tersebut menamakan YouTube, Meta, Snap dan TikTok sebagai Defendant dengan Snap menjadi syarikat pertama menyelesaikan saman berkenaan pada 20 Januari lepas.
01:15Saman tersebut merupakan yang pertama daripada beberapa kes berkaitan dawaan ketagihan media sosial melibatkan kanak-kanak yang dijadurakan dibicarakan tahun ini.
01:23Terima kasih kerana menonton!
Comments