Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Presiden AS Donald Trump berkata Alex Pretti, yang ditembak mati ejen imigresen di Minneapolis, tidak sepatutnya membawa senjata. Trump turut mengumumkan bahawa Tom Homan kini mengetuai operasi imigresen Title 8 menggantikan Gregory Bovino. Langkah ini dilihat sebagai perubahan strategi selepas dua insiden tembakan maut oleh pegawai persekutuan bulan ini.
Transcript
00:00Dari ini pula, Donald Trump kata Alex Prattie, lelaki yang ditembak mati ejen persekutuan di Minneapolis tidak sepatutnya membawa senjata.
00:09Insiden tembakan Alex Prattie kini dalam siasatan dengan beberapa rakaman video orang awam menunjukkan pergelutan antara mangsa dan ejen persekutuan sebelum tembakan dilepaskan bercanggah dengan versi yang rasmi.
00:21Kenyataan Trump itu dibuat ketika mana tekanan awam dan ketegangan politik memuncak susulan dua insiden tembakan maut oleh pegawai persekutuan di bandar tersebut bulan ini.
00:33Beliau turut menganggap ia satu insiden yang malang menimpa mangsa.
00:51Sementara itu, Trump berkata penasihat imigresen Tom Homan sudah menemui Gubernur Minnesota Tim Wals dan bakal bertemu Dato' Bandar Minneapolis Jacob Frey bagi mendebatkan gambaran lanjut mengenai apa yang berlaku.
01:19Langkah meletakkan Homan, tokoh lama dan berpengalaman dalam pengekosaan imigresen di kedudukan utama dilihat sebagai usaha White House untuk menyusun semula pendekatan operasi menangani isu pendatang dan imigren.
01:32Terima kasih.
01:34Terima kasih.
01:36Terima kasih.
Comments

Recommended