Skip to playerSkip to main content
"Kepada semua anggota ATM teruskanlah berkhidmat dengan ikhlas walaupun berdepan dengan tanggapan dan persepsi yang mencabar," seru Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Di sebalik segala gegar gempita yang kita dengari selama ini, janganlah kita lupa bahawa pahlawan ATM itulah yang berpanas dan berhujan di sempadan belantara dan lautan samudera kita.
00:17Mereka lah yang berada dan berdiri di hadapan ketika negara diuji.
00:23Mereka lah yang sentiasa hadir di kala bencana hebat melanda negara.
00:30Mereka lah juga yang sentiasa meninggalkan anak, isteri, ibu dan ayah demi ibu pertiwi.
00:35Ramai yang telah gugur, berjuang, dikala kita sibuk dengan pekerjaan, berjaya dalam perniagaan dan menikmati kehidupan yang sejahtera.
00:45Untuk itu, marilah kita sama-sama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga ATM yang terus gigih dan setia berkhidmat demi negara.
00:59Jika segala budi ingin dikenang dan segala jasa ingin disebut, tidak terungkap oleh kata-kata segala pengorbanan mereka.
01:08Kepada semua anggota ATM, teruskanlah berkhidmat dengan ikhlas walaupun berdepan dengan pelbagai tanggapan dan persepsi yang mencabar.
01:20Kepada seluruh rakyat Malaysia pula, anda mungkin tidak akan dan tidak pernah berjumpa dengan mereka yang memberikan segala keringat jiwa dan raga mereka untuk Malaysia.
01:36Tetapi ingatlah, Malaysia yang aman sentosa ini lahir dari khidmat dan kelelahan mereka yang tidak kita pernah temui dan kenali, iaitu para pahlawan kita yang perkasa.
01:52Maka marilah kita berterima kasih sedalam-dalam dan seikhlas-ikhlasnya kepada mereka, anggota ATM kita.
02:02InsyaAllah, dengan bantuan dan sokongan alih-alih yang berhormat sekalian, serta dukungan seluruh rakyat Malaysia,
02:10kita akan mengembalikan kepercayaan dan imej Angkatan Tentera Malaysia sebagai sebuah institusi yang hebat, berwibawa dan juga dihormati.
02:21Terima kasih kepada semua alih-alih yang berhormat atas perhatian dan penghormatan yang diberikan pada hari ini.
Comments

Recommended