Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air selepas mengakhiri lawatan khas selama tiga hari di St Petersburg, Russia bermula 25 Januari lalu.
Transcript
00:00Yang di Perituan Agong, Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air selepas mengakhiri lawatan khas selama tiga hari di St. Petersburg, Rusia bermula 25 Januari lalu.
00:10Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim, Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Pulkovo, St. Petersburg pada 4.16 petang waktu tempatan.
00:21Lawatan khas jurung kali Seri Paduka Baginda ke St. Petersburg adalah atas undangan khas Presiden Vladimir Putin.
00:27Semasa di St. Petersburg, Seri Paduka Baginda berkenan melawat kompleks Smolni, sebuah bangunan bersejarah penting di bandar itu.
00:35Sultan Ibrahim turut melawat Smolni Bangka iaitu kubu perlindungan bawah tanah yang terletak di bawah kompleks berkenaan yang dibina pada 1937.
00:44Seri Paduka Baginda juga diraihkan dalam satu majlis santapan malam oleh Gabiner Alexander Beglov.
00:50Semasa di St. Petersburg juga, Baginda disambut mesra Presiden Rusia di Museum Hermitage dalam satu pertemuan yang mencerminkan penghormatan tinggi Rusia terhadap hubungan persahabatan kedua-dua negara.
01:02Ia menunjukkan peranan institusi diraja Malaysia dalam memperkukuh diplomasi negara serta hubungan Malaysia-Rusia.
Comments

Recommended