Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) berpotensi ditutup minggu ini, selepas Republikan dan Demokrat bertelagah mengenai pembiayaan untuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) susulan tembakan maut ejen Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) di Minnesota.
Transcript
00:00Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat berpotensi ditutup minggu ini selepas Republikan dan Demokrat bertelagah mengenai pembiayaan untuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri DHS selepas tembakan wawah ejen imigresin dan penguasaan kustom ICE di Minnesota.
00:16Demokrat disenap menyatakan mereka tidak akan memberikan undi yang diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang DHS bernilai 64.4 bilion dolar Amerika.
00:26Demokrat turut menyeru Republikan memisahkan rang undang-undang itu daripada pakej belanjawan lebih besar yang turut membiayai lima sektor lain hingga 30 September.
00:37Ini termasuk pertahanan, kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan perumahan. Pembayaan semasa untuk program-program ini tamat selepas tengah malam Jumat.
00:46Republikan disenap yang mengusahai Dewan dengan majoriti 53 berbalas 47 kerusi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mengalah kepada Demokrat.
00:54Sementara White House menyeru ahli-ahli Kongres meluluskan keseluruhan pakej untuk mengelakkan penutupan agensi persekutuan.
01:03Perdebatan baru ini tercetus hanya tiga bulan selepas penutupan kerajaan terpanjang dalam sejarah AS berakhir pada November lalu.
01:10Pemimpin Senat Demokrat Chuck Schumer berkata pihaknya bersedia untuk memajukan lima rang undang-undang peruntukan secara berasingan daripada rang undang-undang pembayaan DHS dan jika sebaliknya, Republikan akan sekali lagi bertanggungjawab atas penutupan kerajaan.
01:26Pada istilah, Republikan meletakkan keseluruhan pakej pembayaan pada kalendar legislatif untuk pertimbangan lewat minggu ini,
01:34sementara kedua-dua pihak berusaha mencapai persetujuan secara tertutup.
01:38Pakej pembayaan yang diluluskan di Dewan Rakyat di Kawar Republikan minggu lalu dilihat dalam landasan untuk diluluskan di Senat.
01:46Namun ia terbantuk Sabtu lalu apabila pegawai ICE menembak mati warga Amerika Kedua, Alex Praty, di Minneapolis.
Comments

Recommended