00:00Negara ini akan hancur dan lumpuh jika musuh ATM adalah orang dalaman.
00:08ATM tahu bagaimana menghadapi serangan ketenteraan.
00:12Mereka memang diajak untuk berperang dan berjuang.
00:16Tetapi jika orang yang kita amanahkan untuk berjuang itu boleh dibeli,
00:21dirasuah dan dimiliki oleh golongan pemodal yang rakus,
00:25kita akan pasti tewas sebelum bertempur.
00:30Pembelian aset pertahanan yang tidak bermutu,
00:33perolehan pertahanan yang beratus kali ganda lebih mahal,
00:37kekurangan dana disebabkan ketirisan,
00:41semua ini bukan sahaja melemahkan sistem pertahanan nasional,
00:45tetapi mengancam nyawa prajurit kita.
00:48Ia menggugat kedaulatan tanah air
00:50dan ia merapuhkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia.
00:57Ketiga, Kementerian Tahanan sedang mengambil tindakan drastik
01:01untuk memerangi serta segala kegelinciran integriti dan penyalahgunaan kuasa.
01:07Ia tidak akan membezakan sesiapa,
01:10yang paling tinggi hingga yang paling bawah
01:12akan kehilangan kehormatan sebagai seorang pahlawan
01:16jika didapati bersalah.
01:19Mereka yang dihadapkan dengan pertuduhan jenayah,
01:23kita serahkan kepada sistem keadilan negara untuk memutuskan dengan adil.
01:28Bagi kes-kes yang melibatkan kegiatan tidak bermoral
01:31seperti budaya hedonisma dan salah laku pentadbiran,
01:35Mahkamah Angkatan Tentera akan mengadili mereka.
01:40Yang menyata,
01:42Kementerian Tahanan tidak akan melindungi sesiapa
01:44dan Kementerian ini akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa
01:49bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan bebas, telus dan berkesan.
01:55Kita telahpun membuka pintu Kementerian ini
01:57kepada Suranjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
02:00dan saya sendiri telah bertemu dengan Ketua Pesuruh Jaya SPRM pada minggu lepas.
02:07Saya memberi jaminan
02:08bahawa saya dan seluruh Kementerian Tahanan
02:11berdiri bahu-membahu
02:13dengan SPRM
02:16untuk membasmi segala bentuk rasuah
02:18dan salah guna kuasa
02:20di Kementerian Pertahanan dan ATM.
Comments